Album Hadiah Daripada Hati (2007)

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Hadiah Daripada Hati ialah album studio ke-12 Datuk Siti Nurhaliza yang memuatkan 11 buah lagu ciptaan dari komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 10 Disember 2007. Hadiah Daripada Hati juga merupakan album studio Siti yang kedua diterbitkan oleh syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 15,000 unit.

Antara yang terlibat dalam pembikinan album ini ialah Audi Mok, Aubrey Suwito, Azlan Abu Hassan, Pongky, Cynthia, Taufik, Fahmi dan Dick Lee. Single pertama adalah Ku Mahu, dan single kedua adalah Melawan Kesepian ciptaan Pongky.


................................................................................

Latar Belakang

Siti dilaporkan berkata beliau telah mengumpul bahan-bahan baru untuk album barunya, yang sebelum ini didakwa berkonsepkan tradisional, namun dek kerana kekurangan bahan beliau teruskan sahaja dengan menghasilkan lagi album yang berkonsepkan pop. Juga terlapor bahawa Siti sudah memulakan rakaman semenjak bulan Ramadhan.

Siti telah mengesahkan "Ku Mahu" sebagai single pertama. Sebelum pelancaran single pertama, "Hati" telah dikeluarkan pada September 2007 sebagai runut bunyi filem 1957: Hati Malaya. "Mulanya Cinta", runut yang ketiga dari album, muncul dalam pementasan teater P. Ramlee the Musical yang merupakan satu penghormatan kepada pelakon legenda Tan Sri P. Ramlee. "Melawan Kesepian" dipilih sebagai single kedua. Dan dalam beberapa minggu sebelum Anugerah Industri Muzik ke-15, Siti memilih untuk melancarkan single ketiga, "Cintamu". Lagu ini memenangi Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu, mengalahkan dua lagu-lagu beliau yang lain "Hati" dan "Sekian Lama". Single keempat yang dipercayai menjadi single terakhir dari album ini ialah "Wanita".

....................................................................................



Keluaran dan Sambutan

Hadiah Daripada Hati dikeluarkan pada 10 Disember 2007, dengan lagu Ku Mahu dipilih sebagai single pertama dan Melawan Kesepian sebagai single kedua dan satu-satunya lagu dalam album ini mempunyai muzik video.

Album ini menerima ulasan positif daripada media apabila ia dikeluarkan. Para pengkritik berkata ia merupakan persembahan bersahaja daripadanya dan bukannya par yang sama seperti album terdahulunya, Transkripsi yang diuar-uarkan sebagai album terbaik yang beliau pernah terbitkan.

......................................................................



Senarai Runut

1. Ku Mahu
Penulis : Rina Khan
Komposer : Audi Mok

2. Melawan Kesepian
Penulis : Pongky Barata
Komposer : Pongky Barata

3. Mulanya Cinta
Penulis : Adlin Aman Ramlie
Komposer : Dick Lee

4. Tanpa Kalian
Penulis : Taufik & Siti Nurhaliza
Komposer : Taufik

5. Biarkan
Penulis : Azalea
Komposer : Azlan Abu Hassan

6. Kerana Dirimu
Penulis : Cynthia Lamusu
Komposer : Cynthia Lamusu

7. Hati
Penulis : Shuhaimi Baba
Komposer : Sharon Paul

8. Wanita
Penulis : Shanty Ramadani , Siti Nurhaliza
Komposer : Muhamad Fahmi

9. Cintamu
Penulis : Ahmad Fedtri Yahya
Komposer : Sharon Paul

10. Sutramaya
Penulis : Tinta S.
Komposer : Abrey Suwito

11. Sekian Lama
Penulis : Azalea
Komposer : Azlan Abu Hassan

...................................................................




Anugerah


  • Anugerah Industri Muzik 2008

Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album(Wanita) - Menang
Kulit Album Terbaik - Dicalonkan
Album Pop Terbaik - Menang

Lagu : Cintamu
Gubahan Terbaik di dalam Lagu - Menang

Lagu : Hati
Gubahan Terbaik di dalam Lagu - Dicalonkan


  • Anugerah Planet Muzik 2008

Artis Wanita Terbaik - Dicalonkan

  • Anugerah MACP 2008

Lagu :Hati
Lagu Terbaik- Dicalonkan

  • Anugerah Oskar

Lagu : Hati

OST Filem Pilihan Juri - Menang

........................................................................................

Sekian

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post