Album Lentera Timur (2008)

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Lentera Timur merupakan album studio ke-13 Datuk Siti Nurhaliza dan album tradisional beliau yang ke-4. Album ini memuatkan 11 buah lagu ciptaan komposer Malaysia dan Indonesia. Album ini dilancarkan pada 26 Disember 2008, empat tahun selepas bencana Tsunami Asia 2004. Lentera Timur yang bermaksud Cahaya Timur merupakan album studio Siti yang ketiga diterbitkan dibawah syarikat beliau sendiri, Siti Nurhaliza Productions. Album ini telah terjual melebihi 10,000 unit.

Proses pembikinan album bermula sejak tahun 2006, namun atas alasan kekurangan material, Siti terpaksa menangguh dahulu, namun apabila MACP telah membuat sebuah bengkel mencipta lagu, Siti dengan kerjasama MACP telah bersetuju membuat album berunsur kontemporari tradisional.

Antara yang terlibat didalam pembikinan album ini ialah M. Nasir, Pak Ngah, Zul Mahat, Khairil Johari Johar, Johari Teh, Fauzi Marzuki, S Atan, Adnan Abu Hassan dan Katon Bagaskara. Menerusi album ini juga, Siti kembali bekerjasama dengan Adnan Abu Hassan yang menerbitkan beberapa album terakhirnya.

......................................................................................................

Latar Belakang

Lentera Timur merupakan album terbaru Dato’ Siti Nurhaliza yang dipasarkan pada akhir tahun 2008 ini yang mengetengahkan konsep tradisional kontemporari. Album ini amat bermakna buat Siti dan juga para peminatnya kerana selepas kemunculan album Sanggar Mustika (2002), Siti hanya menghasilkan album berkonsepkan pop selama enam tahun sejak itu.

Sembilan buah lagu dalam album ini dihasilkan menerusi bengkel Cipta Ekspres MACP-Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza yang diadakan Januari tahun ini. Kesemua lagu ini dihasilkan dalam tempoh 3 hari oleh beberapa komposer dan penulis lirik ternama negara. Dua buah lagu lagi yang dipilih ialah ciptaan Katon Bagaskara dan Pak Ngah menjadikan sebelas lagu dalam album ini.



Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Di Kayangan Kita (Johari Teh / Keon), Bintang Malam (Johan Nawawi/Amran Omar), Cinta Ini (Katon Bagaskara)Ada Masa Mata (M.Nasir/Ad Samad),Bulan Yang Mesra (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Seloka Budi (Adnan Abu Hassan/Azam Dungun), Rasa Antara Kita (Khairil Johari Johar/Zubir Ali), Senyum Minang Manis (Zul Mahat/Abot), Joget Menanti Kasih (S.Atan/Habsah Hassan), Di Taman Teman (Fauzi Marzuki/Hairul Anuar Harun) dan Jelmakanlah Ayumu (Pak Ngah).

Menurut Siti, walaupun lagu-lagu dalam album ini berentak tradisional tetapi susunan muzik dibuat mengikut citarasa zaman kini iatu mendapat sentuhan muzik moden. Namun jatidiri muzik dan penggunaan alat muzik tradisional amat dititikberatkan dalam penghasilan tiap lagu.

Siti berpendapat dengan mengetengahkan muzik tradisional kontemporari dia bukan sahaja dapat mengajak peminat baru atau remaja untuk mencintai muzik tradisional malah dapat memberikan sesuatu yang baru dalam lagu-lagu Melayu masa kini.


...........................................................................................

Trivia


  • Album ketiga Siti Nurhaliza terbitan Siti Nurhaliza Productions
  • Album tradisional keempat Siti Nurhaliza selepas Cindai, Sahmura dan Sanggar Mustika
  • Album keempat Siti Nurhaliza yang menggunakan khidmat Pak Ngah sebagai penerbit
  • Album keenam Siti yang menggunakan khidmat Adnan Abu Hassan
..............................................................................




Senarai Runut

1. Di Kayangan Kita
Penulis : Keon
Komposer :Johari Teh

2. Bintang Malam
Penulis : Amran Omar
Komposer : Johan Nawawi

3. Cinta Ini
Penulis : Katon Bagaskara
Komposer : Katon Bagaskara

4. Ada Masa Mata
Penulis : Ad Samad
Komposer : M. Nasir

5. Bulan Yang Mesra
Penulis : Zubir Ali
Komposer : Khairil Johari Johar

6. Seloka Budi
Penulis : Azam Dungun
Komposer : Adnan Abu Hassan

7. Rasa Antara Kita
Penulis : Zubir Ali
Komposer : Khairil Johari Johar

8. Senyum Minang Manis
Penulis : Abot
Komposer : Zul Mahat

9. Jelmakanlah Ayumu
Penulis : Siso Kopratasa
Komposer : Pak Ngah

10. Di Taman Teman
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Fauzi Marzuki

...........................................................................



Anugerah


  • Anugerah Industri Muzik 2009

Album Pop Etnik Terbaik - Menang
Album Terbaik - Menang

Lagu : Di Kayangan Kita
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Dicalonkan
Lagu Pop Etnik Terbaik - Dicalonkan

Lagu : Di Taman Teman
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita) - Menang
Gubahan Muzik Terbaik di dalam Lagu - Dicalonkan

  • Anugerah Planet Muzik 2008

Artis Wanita Terbaik - Dicalonkan

..................................................................................

Sekian

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.