Filem Pertama Tayang di Arab Saudi Selepas 35 Tahun - Black Panther


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Arab Saudi mengadakan tayangan filem Black Panther secara tertutup pada Rabu bagi menandakan pelancaran panggung wayang pertama di negara itu. Pada Khamis, tiket wayang bagi orang ramai akan mula dijual, untuk tayangan pada Jumaat.

Pihak berkuasa mengadakan tayangan tertutup tersebut di sebuah dewan konsert di Riyadh, yang telah ditukar kepada kompleks pawagam.Kerajaan Arab Saudi menamakan tayangan pada Rabu itu sebagai tayangan filem komersial yang pertama di negara itu selepas lebih 35 tahun.

Kali terakhir Arab Saudi membenarkan panggung wayang beroperasi adalah sekitar 1970-an sebelum diharamkan pada tahun 1982 kerana golongan ulama menganggap ia sebagai aktiviti yang mendorong kepada perbuatan maksiat. Kini, kerajaan negara itu akan membuka lebih 300 panggung wayang dengan sekitar 2,000 skrin dibina menjelang tahun 2030.

Ia sebahagian daripada Visi 2030 diperkenalkan Putera Mahkota Mohammad Salman, termasuk menarik balik larangan ke atas wanita untuk memandu. Pembukaan panggung wayang di sana juga bakal menyumbang lebih daripada 90 bilion Riyal kepada ekonomi dan akan membuka lebih 30,000 peluang pekerjaan pada 2030.

Pembaharuan sosial itu juga bertujuan meningkatkan perbelanjaan tempatan sebagai langkah menangani isu harga minyak yang menurun.

Sumber : Astro Awani
.............................................................................

Tak sabar nak tengok filem Avengers Infinity War yang akan ditayangkan pada minggu hadapan.



1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post