Album Tahajjud Cinta (2009)


Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tahajjud Cinta ialah album ke-14 oleh Datuk Siti Nurhaliza dan album pertamanya yang boleh dikategorikan sebagai album kerohanian atau keagamaan. Album yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions ini mula dipasarkan pada 9 September 2009 semasa bulan Ramadhan. Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang berkat kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album tersebut. 

Tidak banyak artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian selain album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid. Album ini telah terjual melebihi 5,000 unit, di mana jualan album Siti Nurhaliza dilihat menurun berbanding 10,000 unit bagi album yang sebelumnya. Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM 29.90.

.............................................................................



Latar Belakang

Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu.

Dalam album ini, Siti Nurhaliza menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan iaitu 'Ya Rasulullah' dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu. Lagu 'Ketika Cinta' adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia `Perempuan Berkalung Sorban’. Lagu 'Pintu Rindu' (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan 'Selawat' juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya.

Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.

................................................................................



Senarai Runut

1. Asma Ul Husna
Penulis : Erma Fatima
Komposer : Erma Fatima

2. Pintu Rindu
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Hairul Anuar Harun

3. Tahajjud Cinta
Penulis : Hairul Anuar Harun
Komposer : Erma Fatima

4. Batasku Asaku
Penulis : Attan Hardilas
Komposer : Siti Nurhaliza

5. Ku Percaya Ada Cinta
Penulis : Habsah Hassan
Komposer : Audi Mok

6. Ya Rasulullah
Penulis : Abu Bakar Mohd Yatim
Komposer : Abu Bakar Mohd Yatim

7. Ketika Cinta
Penulis : Opick
Komposer : Opick

8. Selawat

........................................................................




Anugerah


  • Anugerah Industri Muzik 2010

Lagu : Ku Percaya Ada Cinta
Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu (Wanita) - Menang

..............................................................................

Sekian

1 comment:

  1. Sekadar mahu tahu, daripada mana tuan dapatkan sumber-sumber untuk buat ulasan tentang album-album Tokti?

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.