Konsert SATU (2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera



SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (dirujuk sebagai SATU) merupakan konsert keenam dan konsert solo kelapan oleh penyanyi pop Malaysia Siti Nurhaliza untuk mempromosikan album studio ke-13, Lentera Timur dan sempena Hari Bapa pada 21 Jun. Konsert ini adalah konsert teater pertama beliau yang terbesar.

Ia juga merupakan konsert keduanya yang diadakan di Istana Budaya dengan menyampaikan lagu-lagu secara penuh dan medley dari albumnya sendiri bermula daripada album Siti Nurhaliza (1996) sehingga album Lentera Timur (2008).

...............................................................................

Latar Belakang

SATU merupakan konsert teater terbesar pertama. Nama konsert beliau diperoleh dari perkataan Melayu yang bermaksud satu, yang diilhamkan oleh 'Satu Malaysia' atau '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu seruan untuk perpaduan. Idea untuk konsert ini bermula ketika Siti sedang berlatih untuk persembahan beliau di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008. Konsep konsert ini telah diilhamkan daripada A New Day... oleh Celine Dion. Lebih daripada 30 lagu telah dipersembahkan sepenuhnya dan medley dan dalam gubahan baru.



Konsert ini juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu iaitu muzik, kesan, tarian, visual, grafik, koreografi dan teknikal. Menurut Siti, konsert beranggaran lebih setengah juta itu akan menghidangkan lebih kurang 30 buah lagu yang akan disusun semula muziknya oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik manakala koreografer Pat Ibrahim bertindak sebagai pengarah konsert yang menggunakan muzik iringan orkestra tapi bukan semua lagu dipersembahkan dalam bentuk ini kerana ia perlu mengikut kesesuaian lagu juga. Istimewanya, melalui konsert ini Siti mempamerkan baju kenangannya sepanjang berkecimpung dalam industri muzik Malaysia, sebanyak lapan pasang baju beliau akan dipamerkan di lobi Istana Budaya.

..............................................................................................

Sinopsis Konsert

Seluruh konsert bertujuan untuk menggambarkan lagu-lagu Siti Nurhaliza selepas lebih daripada satu dekad nyanyian dan imbasan kembali penyanyi itu untuk jalan kemasyhuran. Konsert mereka juga mempunyai beberapa adegan menonjolkan percintaan beliau dengan suaminya, Datuk Khalid Muhammad Jiwa.

Terdapat lebih 25 penari dan 20 pemuzik yang mengiringi Siti Nurhaliza sepanjang persembahan.

.....................................................................................



Persembahan Pembukaan

Aizat Amdan

  • Hanya Engkau Yang Mampu
  • Fikirkanlah
  • Engkau Bagaikan Permata (lagu asal Siti Nurhaliza)
  • Heal The World (lagu asal Michael Jackson)



...........................................................................................



Susunan Lagu

Persembahan 1: Pembukaan
"Kurniaan Dalam Samaran"

Persembahan 2: Medley 1: Balada
"Tanpa Dendam di Hati"
"Dialah di Hati"
"Mulanya Cinta"
"Hati"
"Seindah Biasa"

Persembahan 3: Medley 2: Lagu Hit
"Sutra Maya"
"Jerat Percintaan"
"Aku Cinta Padamu"
"Purnama Merindu"
"Kau Kekasihku"
"Percayalah"
"Bukan Cinta Biasa"

Persembahan 4: Medley 3: Tradisional
"Cindai"
"Balqis"
"Nirmala"
"Bulan Yang Mesra"


Persembahan 5: Rancak
"Pendirianku"
"Ku Mahu"
"Debaran Cinta"
"Wanita"
"Ku Milikmu"

Persembahan 6: Permintaan Peminat Siti Zone
"Cuba Untuk Mengerti"
"Bila Harus Memilih"

Persembahan 7: Lagu Cinta
"Siti Situ Sana Sini"
"Cahaya Cinta"
"Di Taman Teman"
"Biarlah Rahsia" (khusus untuk rakan-rakan media beliau yang bertungkus-lumus mengejar kembali kisah cinta ketika beliau masih bujang)
"Destinasi Cinta"

.................................................................................

Trivia

Tarikh Konsert : 26,27,28 Jun 2009
Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tempat : Istana Budaya

Sekian



3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post