Jom Semak Daftar Pemilih PRU 14



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bahang PRU-14 semakin terasa. Pilihan raya kali ini dijangka akan menjadi pilihanraya paling sengit dan tidak dijangka keputusannya. Sudah tentu ramai rakyat Malaysia yang teruja dengan pilihanraya kali ini. Keterujaan itu turut dirasai oleh aku sendiri kerana ini merupakan kali pertama aku mengundi , setelah umur aku melepasi had kelayakan mengundi.

Aku mendaftar sebagai daftar pemilih pada tahun lepas. Ada suatu majlis di lakukan di universiti aku , di situlah pendaftaran daftar pemilih dilakukan. Senang dan mudah sahaja. Alhamdulillah , setelah aku menyemak di laman web SPR, akhirnya aku telah bejaya menjadi salah seorang pengundi yang berdaftar. Di bawah , aku serta kan link laman web SPR dan juga gambar SEMAKAN DAFTAR PEMILIH.





Salah satu tanggungjawab rakyat adalah untuk memilih pemimpin. Jika kita salah memilih , maka masa depan kita juga yang akan terkesan. In shaa Allah , aku akan cuba memilih pemimpin yang terbaik untuk masa depan negara yang tercinta.


Sekian



8 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.