Kelebihan Buah Durian Yang Tidak Diketahui Ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Hari ini aku nak berkongsi tentang kelebihan raja buah. Sememangnya kita sebagai rakyat Malaysia pastinya suka akan buah durian. Aku sendiri merupakan peminat tegar buah durian dan bila tiba musim durian pasti aku akan makan durian dengan banyaknya. Cuma sekarang yang menjadi masalah adalah harga yang agak mahal di pasaran.

Baiklah , kembali kepada tajuk asal iaitu kelebihan buah durian. Jom kita lihat kelebihan buah durian kepada kita semua.

........................................................................................... 

Buah durian mengandungi banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi vitamin A,C,E,B1,B2, Kalsium, Protein, Serat, Karbohidrat, Kalium, dan Fosforus.

Ini Adalah Antara Manfaat Buah Durian


  • Mengubati Insomnia


Bagi anda yang sering mengalami insomnia, anda dapat mengatasinya dengan memakan buah durian. Buah durian mengandungi tryptophan yang berguna untuk menenangkan fikiran dan tubuh.

  • Menguatkan Tulang Dan Gigi

Buah durian mengandungi vitamin B1,B2 dan kadar kalsium yang tinggi. Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi dan tentunya menjaga kesihatan tulang dan gigi anda.

  • Mengawal Keseimbangan Gula Dalam Darah

Buah Durian juga berfungsi untuk mengawal keseimbangan gula di dalam tubuh sehingga kadar gula di dalam darah menjadi normal.

  • Merawat Tekanan

Durian mengandungi vitamin B-6 yang mampu menghasilkan serotonin yang berguna untuk mencegah tekanan. Jadi buah durian dapat menjadi ubat tekanan secara semulajadi.

  • Merawat Anemia

Kandungan folat, dan zat besi dalam durian dapat mengatasi penyakit kekurangan darah dalam tubuh (Anemia). Bagi anda penghidap anemia, anda dapat mengambil durian sebagai ubat semula jadi Anemia



  • Mencerahkan Kulit

Kulit cerah menjadi dambaan kebanyakan wanita Malaysia. Buah Durian ternyata dapat membantu mencerahkan kulit. Ini kerana buah durian mengandungi Vitamin C yang mampu mencerahkan kulit.

  • Mencegah dan Menghilangkan Jerawat

Antioksidan yang terkandung di dalam durian dapat melawan bakteria penyebab jerawat.

  • Memudarkan Bintik Hitam
Bintik hitam pada wajah akan dapat diatasi dengan rawatan menggunakan buah durian. Cara penggunaan buah durian untuk rawatan wajah adalah dengan mencampurkan isi buah durian yang kuning dan matang dengan dua sudu madu. Jadikan campuran tersebut sebagai masker wajah.

....................................................................................................................

Nampak kan? Begitu banyak kelebihan dan khasiat buah durian. Walaupun sekarang harganya agak mahal , aku yakin suatu hari nanti harganya akan turun mungkin dalam 10 tahun akan datang. Jadi selepas ini , kita bolehlah makan durian dengan kuantiti yang banyak! Tetapi perlu berhati-hati agar tidak sendawa di hadapan orang lain.

Sumber : www.manfaatbuahan.com

8 comments:

  1. Banyak rupanya kelebihan buah durian ni..

    Husniey follow sini..
    #2516

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    makan berpada2 untuk dapat manfaatnya.
    Makan terlalu banyak pulak boleh datangkan mudharat.

    ReplyDelete
  3. Wah... Byk manfaatnya rupanya durian ni. Cikla sblm ni mkn sebab mmg suka. Tp la ni nk mkn durian pun mcm susah sikit. Termenung jap tgk harganya sekilo. Hehe

    ReplyDelete
  4. Suka sangat makan durian tapi sekarang harga mahal sangatlah. Hampeh betoi

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.