Konsert Siti Nurhaliza Live at Royal Albert Hall London (2005)

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Siti Nurhaliza In Concert Royal Albert Hall, London merupakan konsert solo keenam oleh penyanyi pop Malaysia, Siti Nurhaliza dan ia diadakan di Royal Albert Hall, London, England sempena ulang tahun ke-10 pembabitan Siti di industri muzik Malaysia. Konsert ini merupakan konsert Siti yang ketiga diadakan di negara luar.


.....................................................................................

Latar Belakang

Impian Siti Nurhaliza tercapai apabila niat beliau untuk membuat persembahan di pentas antarabangsa di Royal Albert Hall, London pada 1 April 2005. Siti Nurhaliza merupakan artis Asia ketiga yang membuat persembahan di Royal Albert Hall. Walaupun di peringkat awal mendapat pelbagai kritikan, Siti tetap mengambil sikap positif dan terus melangkah kehadapan. Berkat kesabaran dan usaha yang kuat selama hampir tiga bulan dalam membuat persiapan, Siti muncul di RAH dengan penuh keyakinan.



Repertoire bagi konsert ini telah digubah hampir sepenuhnya oleh Roslan Aziz dan diterjemahkan di dalam rentak jazz, bersesuaian dengan lenggok suara Siti. Selain itu, konsep konsert ini adalah menyerlahkan kekuatan vokal Siti dan memperkenalkan irama muzik tanahair di pentas muzik antarabangsa. Penghargaan buat Siti apabila The London Symphony Orchestra(TLSO) bersetuju untuk turut sama memeriahkan konsert Siti, kerana ini merupakan kali pertama TLSO berganding bahu bersama artis dari Asia. Siti merupakan artis pertama Asia untuk mempersembahkan konsert dibawah muzik dari TLSO.

Mempertaruhkan vokal dan penguasaan pentas, Siti berjaya memukau hampir 2500 orang penonton. Selama dua jam menghiburkan penonton, Siti membawakan rangkaian lagu sebanyak 22 buah lagu, termasuk sebuah lagu inggeris berjudul Get Here. Konsert ini dihoskan oleh Mahadzir Lokman, dan dihadiri oleh tokoh-tokoh negara termasuk keluarga diraja Pahang, Sultan Pahang dan Sultanah Pahang, Perdana Menteri Malaysia dan isteri, Timbalan Perdana Menteri dan isteri, dan lain-lain.

Album ini juga memuatkan sebuah CD khas di belakang tabir pembikinan Siti Nurhaliza In Concert Royal Alber Hall. Album ini juga merupakan album pertama yang diterbitkan didalam format DVD.

.........................................................................................



Susunan Lagu

CD 1

  • 1. Overture
  • 2. Dialah Di Hati
  • 3. Ku Milikmu
  • 4. Cinta Tak Berganti
  • 5. Fast Medley (Jalinan Cinta, Kini Kau Di Sisi, Pendirianku)
  • 6. Debaran Cinta
  • 7. Badarsila
  • 8. Zapin Budi
  • 9. Medley Lagu Rakyat Nusantara (Patendu Patende, Ayo Mama, Embun Sosek)
  • 10. Medley Lagu Joget (Joget Pahang, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah)
  • 11. Nirmala
  • 12. Medley Zapin (Cindai, Mahligai Permata, Ya Maulai)

CD 2

  • 1. Overture/Janji Kasih
  • 2. Bukan Cinta Biasa
  • 3. Percayalah
  • 4. Get Here
  • 5. Lagu Rindu
  • 6. Bisikan Asmara
  • 7. Sebenar Cinta
  • 8. Seindah Biasa
  • 9. Lagu-lagu Cinta (Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Aku Cinta Padamu, Diari Hatimu, Kau Kekasihku)
  • 10. Cindai / Encore
.............................................................................




Anugerah


  • Anugerah Industri Muzik 2006

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita)


  • The Malaysia Book of Records

Artis Malaysia Pertama (membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London)


..............................................................................

Sekian

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.