Malaysia di Sukan Komanwel 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sukan Komanwel 2010 adalah Sukan Komanwel kesembilan belas, dan kesembilan yang dianjurkan di bawah nama tersebut. Temasya ini berlangsung di New Delhi, India antara 3 Oktober hingga 14 Oktober 2010, acara pelbagai sukan yang terbesar di Delhi dan khususnya India, yang sebelum ini pernah menganjurkan Sukan Asia pada 1951 dan 1982. Upacara pembukaan dan penutup diadakan di Stadium Jawaharlal Nehru di Delhi. Ia adalah kali pertama Sukan Komanwel akan diadakan di India dan kali kedua acara diadakan di Asia (selepas 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia). Seramai 6,081 atlet daripada 71 pasukan Komanwel bertanding dalam 21 sukan dan 272 acara.


Maskot dan Lagu

Maskot rasmi Sukan Komanwel 2010 ialah Shera, seekor harimau bersifat manusia. Namanya berasal dari "Sher", yang bermaksud harimau atau singa dalam bahasa Hindi basahan.


Lagu rasmi Sukan Komanwel 2010 Jiyo Utho Bado Jeeto digubah dan dipersembahkan oleh pemuzik India, A. R. Rahman. Judulnya berasaskan slogan temasya, iaitu "Come out and play". Seni katanya ditulis oleh Mehboob dalam bahasa Hindi dengan sedikit kata-kata Inggeris. Lagu ini keluar pada 28 Ogos 2010. Video muziknya diarah oleh Bharath Bala, keluar pada 23 September dengan versi lagu yang lebih pendek.



Pencapaian Malaysia

Malaysia berada di kedudukan ke 7 daripada 36 negara yang berjaya mendapatkan pingat.

Trivia :-

Jumlah Pingat Emas : 12
Jumlah Pingat Perak : 10
Jumlah Pingat Gangsa : 13

Jumlah Pingat Keseluruhan : 35

Acara yang berjaya mendapatkan pingat Emas :-

  • Akuatik Terjun - 1 Emas
  • Angkat Berat - 2 Emas
  • Badminton - 4 Emas
  • Berbasikal Trek - 1 Emas
  • Gimnastik Gimrama - 1 Emas
  • Menembak - 2 Emas
  • Skuasy - 1 Emas

...........................................................................

Sekian

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post