Sehari di Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman


Beberapa hari yang lalu , aku dan keluarga telah ke Tanjung Dawai , Kedah Darul Aman. Jarak dari rumah aku ke Tanjung Dawai adalah lebih kurang 61 KM sahaja. Kebiasaannya, keluarga aku akan ke Tanjung Dawai untuk membeli makanan laut atau mahu makan ikan bakar dan sebagainya.

Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Di sini aku sertakan beberapa gambar kawasan sekitar Tanjung Dawai. Tempat ini terletak berhampiran dengan laut. Selain itu, ianya juga merupakan muara sungai. Jadi , di sini kita dapat lihat sungai dan laut secara serentak.


Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Cantikkan pemandangannya? Di seberang sana adalah Pantai Merdeka iaitu salah satu tempat popular di Kedah. Pantai Merdeka juga sangat cantik kerana ada tempat yang baik untuk beriadah bersama keluarga. Aku masih ingat ketika sekolah menengah, beberapa kali kem dijalankan di kawasan itu. Antara aktiviti menarik adalah berkhemah di tepi pantai , berkayak dan juga mendaki bukit.

Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Gambar di atas ini pulak adalah Kompleks MPSPK iaitu tempat yang menjual barang serta makanan laut. Antara yang dijual termasuklah ikan kering, ikan bilis, beberapa jenis ikan masin , keropok lekor dan sebagainya. Di bahagian bawah adalah restoran manakala bahagian atas adalah bahagian yang menjual barangan lain.


Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Antara lauk yang dipilih untuk dimakan pada hari itu. Alhamdulillah , restoran ini terletak di hujung sekali. Kami sekeluarga sampai pada jam 11.30 pagi dan restoran itu sangat padat dengan orang ramai. Sememangnya jika anda datang lambat , makanya anda tidak dapat makan lauk yang sedap.

Tanjung Dawai, Kedah Darul Aman

Keluarga aku bukan selalu dapat datang ke sini. Ianya kadang-kadang sahaja. Kenapa tak pergi ke Pulau Pinang? Rasanya makanan di Pulau Pinang lebih mahal harganya. Di Tanjung Dawai , suasananya tidaklah seperti di bandar besar. Tanjung Dawai adalah pekan kecil yang aman dan damai.


Sekian

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post