Selamat Ulang Tahun ke- 22 Dato Sri Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera




1 April 2018 merupakan hari yang sangat bermakna buat penyanyi No 1 negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bt Tarudin. Memulakan karier seninya 22 tahun yang lalu sememangnya figura seni ini sudah begitu banyak jasanya kepada industri seni negara.

Mula menempa nama apabila menjuarai Bintang HMI pada tahun 1995, kemudian menjuarai Anugerah Juara Lagu 1996, karier beliau terus laju meningkat naik , menewaskan nama-nama besar yang lain. Terus menjadi No 1 dari ketika beliau memulakan karier sehinggalah saat ini.

Buktinya, beliau masih unggul di carta No 1 negara apabila setiap berita mengenai beliau sentiasa mendapat perhatian ramai. Setakat ini, artis manakah yang berita perkahwinan,berita kelahiran anak menjadi tajuk utama berita utama bagi semua channel televisyen tempatan dan luar negara?

Konsistensi dalam menghasilkan naskhah sejak awal sehingga sekarang menjadikan beliau salah seorang artis yang berpengaruh. Beliau membuktikan bahawa gadis kampung mampu juga berjaya dan seiring dengan orang yang membesar di bandar. 

Selain itu, orang yang berada di sekeliling beliau juga menjadi sebab utama beliau berada di takhta atas. Pengurus beliau , Rozisangdewi merupakan tulang belakang beliau di dalam merencana perjalanan seni beliau. Keluarga beliau dan juga peminat-peminat beliau yang berada di merata-rata tempat juga menjadi satu punca kejayaan beliau.

Akhir sekali , selamat ulang tahun yang ke-22 buat penyanyi kesayangan ramai. Semoga karier beliau akan berterusan selama lebih 22 tahun lagi di masa akan datang. Semoga sentiasa akan menjadi idola buat rakyat Malaysia.

..................................................................................



Sempena meraikan ulang tahun ke 22 karier beliau , setiap hari sepanjang bulan April, entri berkenaan beliau akan ditulis di dalam blog ini merangkumi album-album, lagu , konsert dan perniagaan beliau. :)


Sekian.

4 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.