Lirik Lagu : Jalur Gemilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Lagu inilah antara lagu yang menaikkan semangat cintakan negara. Masih ingat lagi ketika di bangku sekolah, seringkali di perhimpunan , semua murid pasti akan menyanyikan lagu ini untuk meraikan hari kemerdekaan. Ketika di sekolah menengah pula , aku sertai pancaragam dan akan memainkan lagu ini semasa bulan kemerdekaan.  Jom kita lihat lirik lagu yang penuh bermakna ini.



Lagu : Jalur Gemilang



Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang


Sekian.

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.