Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya


NIAT PUASA RAMADHAN, DOA BERBUKA PUASA DAN FADHILATNYA | Walaupun Ramadhan menjelma setahun sekali, rasanya ramai yang mungkin terlupa atau kurang ingat mengenai hal-hal berkaitan puasa seperti niat berpuasa, doa berbuka dan doa selepas berbuka.Jadi sama-samalah kita mengulangkaji hal-hal berkaitan puasa. In shaa Allah, semoga kita semua sama-sama dapat berpuasa dengan lebih baik berbanding sebelum ini.


Puasa Bulan Ramadhan

Menurut bahasa:  Puasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu seperti
makan, minum dan bercakap

Menurut syara’:  Puasa ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya,
bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam
dengan niat.

Firman Allah S.W.T:  
 “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadhan 

Berikut dikongsikan Niat Puasa Ramadhan 

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya

Adalah tidak wajib dan tidak juga sunat berniat puasa dalam bahasa Arab, memadai jika ianya di baca dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.


Puasa Ramadhan Tidak Sah Tanpa Niat

Niat itu di dalam hati dan bukan dengan lisan di mana tidak disyaratkan ‘Talaffuz’ (menyebut niat dengan  lisan).

Ketika berniat, wajib menentukan jenis puasa seperti Ramadhan bagi puasa bulan Ramadhan. Bagi puasa-puasa yang wajib, niat disyaratkan hendaklah dibuat pada malam hari, iaitu selepas terbenam matahari hingga sebelum subuh. Pendapat yang sahih dalam mazhab Syafie ialah tidak sah niat yang serentak dengan ketibaan waktu fajar. Bagi puasa sunat pula, dibolehkan berniat pada siang hari selagi belum tergelincir matahari (masuk waktu Zuhur).

Niat hendaklah dilakukan pada setiap malam untuk setiap hari puasa yang dilakukan. Ini berdasarkan pendapat Imam Syafie, Abu Hanifah dan riwayat paling sahih dari Imam Ahmad. Mengikut pendapat Imam Malik dan riwayat dari Imam Ahmad pula, cukup sekali niat sahaja untuk satu bulan Ramadhan dan hendaklah niat itu dilakukan pada malam pertama Ramadhan.


Hukum Mengerjakan Puasa Ramadhan

Hukumnya ialah Fardhu Ain dan kefardhuan ini ditetapkan oleh dengan al-Quran, al-Sunnah dan Ijmak Ulama.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa
  
Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya

 Doa Selepas Berbuka Puasa


Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa dan Fadhilatnya

Puasa bulan Ramadhan adalah salah satu rukun Islam. Setiap detik sepanjang bulan Ramadhan adalah sebaik-baik masa dan sebaik-baik hari di atas muka bumi ini. Allah telah memberikan kelebihan yang banyak kepada bulan Ramadhan berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Keistimewaan Bulan Ramadhan

Beberapa keistimewaan bulan Ramadhan, antaranya akan dibuka semua pintu syurga untuk menerima amalan-amalan soleh yang begitu banyak yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Begitu juga akan ditutup semua pintu neraka kerana sedikitnya bilangan maksiat yang dilakukan oleh orang mukmin pada bulan ini. Syaitan-syaitan juga akan diikat apabila tiba bulan Ramadhan. Kelebihan bulan Ramadhan juga ialah difardukan puasa di dalamnya. Puasa merupakan setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Taala dan puasa juga penghapus dosa-dosa atas maksiat yang dilakukan. 

Antara keistimewaan puasa juga, Allah Subhanahu wa Taala akan menggandakan pahala orang-orang yang berpuasa melebihi amalan-amalan lain di mana kadarnya hanya diketahui oleh Allah. Ganjaran di akhirat bagi orang yang berpuasa tentunya lebih besar, kerana nikmat dunia walau sebesar mana sekalipun tidak mungkin menyamai sekecil-kecil nikmat akhirat.

Adab Puasa Ramadhan

1. Bersegera ketika berbuka
2. Bersahur
3. Melewatkan sahur
4. Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan serta perkataan yang memberahikan
5. Mandi janabah (mandi wajib) sebelum terbit fajar
6. Meninggalkan perbuatan berbekam
7. Meninggalkan perbuatan merasa makanan atau mengunyahnya
8. Berdoa ketika berbuka
9. Memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
10.Memperbanyakkan sedeqah, membaca Al-Quran, dan beri’tikaf di masjid

Perkara Makruh Dalam Berpuasa Ramadhan

1. Melewatkan berbuka puasa
2. Tidak makan sahur
3. Mengawalkan makan sahur
4. Bercakap dengan kata-kata keji dan lucah
5. Mandi janabah selepas terbit fajar
6. Berbekam
7. Merasa makanan dan mengunyahnya
8. Tidak berdoa ketika berbuka puasa
9. Jarang bersedeqah
10. Tidak membaca Al-Quran dan beri’tikaf

Golongan Yang Diberi Rukhsah (Kemudahan) Untuk Berbuka Puasa

1. Orang Musafir
2. Orang Sakit
3. Orang Tua Yang Lemah
4. Pesakit Yang Tiada Harapan Sembuh
5. Perempuan Mengandung dan Menyusu Bayi


Sekian

4 comments:

  1. Kalau zaman wanie kecik2 dlu selalu dgr lagu niat puasa raihan tu, tu yg senang ingat xD

    Lost In Thoughts

    ReplyDelete
  2. Beberapa hari je lagi kita semua bakal jumpa bulan ramadhan . Semoga sama2 dapat jalankan ibadah bulan ramadhan dengan lancar

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.