Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, sebenarnya dah lama aku nak menulis artikel kali ini, tapi sebab ada kekangan masa, agak terlewat juga untuk habiskan menaip. Baiklah, terimalah review makan di Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

MAKAN DI ARIFF STALL PASEMBOR, MEDAN SELERA PADANG BROWN, GEORGETOWN, PENANG!

Sebenarnya sekiranya ke Georgetown, Penang, aku dan keluarga pastinya akan makan di tempat yang sama iaitu di Padang Kota. Sebab utama adalah dah familiar dengan makanan di situ. Tetapi untuk kali ini, aku dan keluarga mencari lokasi lain pula untuk mencuba makanan pasembor, dan setelah membuat pencarian ada satu lagi medan selera yang terkenal di Georgetown iaitu di Medan Selera Padang Brown!

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Bila diingat kembali masa aku di tingkatan 1 rasanya, aku ada pertandingan bersama pancaragam sekolah di Stadium Bandaraya Pulau Pinang yang terletak berdekatan sahaja dengan lokasi medan selera ini. Okay, untuk pengetahuan semua, medan selera ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian menawarkan makanan halal manakala satu bahagian lagi adalah bahagian tidak halal. Tempat meletakkan kenderaan juga tersedia banyak dan pembayaran melalui debit card atau TnGo. 

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Kami sekeluarga tiba pada waktu tengahhari, malangnya hanya beberapa kedai makan sahaja yang dibuka. Kedai pasembor, mee dan beberapa sahaja, tidak sampai ke hujung. berbeza dengan bahagian makanan tidak halal, boleh dikatakan semuanya dibuka, tapi tak mengapa sebab memang tujuannya nak makan pasembor. Jadi kami pun makan di Ariff Stall Pasembor! Oh ya, sebelum ini juga parent aku ada menonton video pasembor ini di YouTube, jadi disebabkan itu mereka nak cuba.


Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Macam biasa proses di mana-mana kedai pasembor, pertama perlulah memilih pilihan makanan terlebih dahulu. Disebabkan kami datang berlima dan boleh dikatakan semuanya kuat makan, kami membuat dua pinggan bagi setiap portion. Berikut adalah gambar dua pinggan yang dipesan. Harganya adalah sekitar RM100±.

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Pendapat peribadi aku, pasembor di Ariff Stall Pasembor ini rasanya berada pada tahap sedap dan mengenyangkan sahaja. Ya, masih boleh dinikmati seisi keluarga tetapi masih terdapat lokasi lain yang menyediakan pasembor yang lebih sedap, lazat dan membuatkan aku ingin kembali menikmati hidangannya. 

Kuahnya yang sangat merah sememangnya sedap. Penuh dengan rasa manis, pedas dan sebagainya yang anda harapkan pada hidangan pasembor. Selain itu, harga juga menjadi salah satu faktor yang membuatkan aku tidak kembali ke sini selepas ini. Mungkin dalam beberapa tahun akan datang aku akan kembali, tetapi dalam masa terdekat mungkin tidak. Harganya bagi aku agak tinggi dan membuatkan teragak-agak untuk memilih hidangan.

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Untuk pilihan minuman pula, aku hanya sempat mengambil gambar ini sahaja iaitu ABC Special. Sebenarnya aku lupa dengan harga bagi minuman, tetapi secara keseluruhannya harga agak tinggi ya! Terkejut juga sebab aku tak tahu nak pilih minuman apa memandangkan harganya yang agak tinggi. 

GHANI : MEE MALAYSIA SPECIAL

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Okay, seterusnya sementara kami menunggu hidangan siap dihidangkan, datang pula pelayan daripada Ghani Mee Malaysia Special bertanyakan sekiranya nak memesan apa-apa hidangan. Jadi, kami memesan dua jenis hidangan iaitu Mee Sotong dan Kueitiaw Sotong.

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Makan di Ariff Stall Pasembor, Medan Selera Padang Brown, Georgetown, Penang!

Dengan harga RM8 (aku lupa sebenarnya berapa harganya), aku rasa saiz hidangannya bersesuaian pada harga, tetapi aku minta maaf ya, rasa meenya biasa-biasa sahaja. Masih tidak mampu mengalahkan Hameed Pata Mee Sotong di Padang Kota Lama.  Sambal sotongnya juga tidak menambahkan elemen yang istimewa sebab rasa dan aromanya biasa-biasa sahaja. 

SECARA KESELURUHANNYA 

Pengalaman makan di Medan Selera Padang Brown ini bagi dua jenis hidangan ini sebenarnya berada pada tahap memuaskan. Ya, anda boleh makan pasembor dan juga mee di sini tetapi tiada yang istimewa. Ditambah pula harga yang agak tinggi, perlu membayar parking pula, jadi aku rasa sekiranya aku berada di bandar Georgetown dan tiba-tiba rasa lapar, aku mungkin akan ke lokasi tempat makan lain. Untuk itu, aku berikan :-

👍👍👍👍/10

LOKASI MEDAN SELERA PADANG BROWN


*Segala pandangan dan kritikan dalam artikel ini adalah ulasan peribadi penulis.

SEKIAN

Post a Comment

0Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!