Penampilan Terkini Dato Seri Siti Nurhaliza



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Umum mengetahui bahawa figura nombor satu Malaysia ini telah membuat penampilan sulungnya selepas selesai pantang. Penampilannya yang terkini dapat dilihat di dalam satu majlis yang diadakan semalam iaitu majlis pelancaran butik beliau Creacion by Siti Nurhaliza di Melawati Mall. Di majlis yang sama turut diadakan majlis fashion show bersempen raya yang akan menjelma.

Apa yang menjadi tarikan sudah tentunya penampilan terkini beliau. Beliau tampil dengan penampilan serba hijau. Susuk tubuh beliau kelihatan lebih kurus dan sangat cantik. Alhamdulillah, penampilan selepas hamil ini merupakan petanda bahawa beliau akan kembali ke persada seni negara. Jom lihat gambar-gambar beliau di majlis tersebut.






Beliau juga dikhabarkan akan melancarkan duet terbaru beliau bersama Khai Bahar melalui single Syurga Cinta iaitu sebuah lagu zikir. Melodi lagu tersebut merupakan melodi lagu Comel Pipi Merah manakala liriknya pula adalah zikir-zikir bersempena ramadhan yang akan tiba. Alhamdulillah.

Tak sabar nak pergi ke konsert beliau yang akan datang yang pastinya akan menonjolkan kelainan dan keunikan. Apa yang menarik, setiap kali konsert beliau pastinya akan ada elemen-elemen baru yang belum pernah beliau tonjolkan. 

Sumber : instagram CreacionbySitinurhaliza

Sekian.


12 comments:

  1. Cantik.. senyuman beliau manis sangat.. ;)

    ReplyDelete
  2. Cantik.. senyuman beliau manis sangat.. ;)

    ReplyDelete
  3. Airil pminat setia ct yea, saya suka ct sejak stat nyanyi dulu. Suara yg sgt merdu mendendangkana apa saja lagu, cuma skill communication perlu lebih pelbagai sebab if tgk konsert or rancangan dia, selalu sgt kata, baik lah.. my 20sen opinion

    ReplyDelete
  4. finally.. cantik sangat dia.

    ReplyDelete
  5. walau bukan la peminat hardcore Siti tapi adore dia sbb tabah dlm dunia hiburan sejak dulu dan sentiasa jaga tutur kata dan tak pernah lagak diva..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. antara artis yang sentiasa fokus dengan nyanyian.

      Delete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.