PRU 1 : 1959 : Pilihanraya Pertama Tanah Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1959 merupakan pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) selepas kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Pilihan raya ini diadakan pada hari Rabu, 19 Ogos 1959 dan ia juga merupakan pilihan raya umum yang kedua di Semenanjung Malaysia.

Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:


  • Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO);
  • Persatuan Cina Malaya (MCA); dan
  • Kongres India Se-Malaya (MIC)

yang mewakili tiga kaum yang utama di Persekutuan Tanah Melayu memenangi 74 daripada 104 kerusi dalam Dewan Rakyat. Ini merupakan satu majoriti sebanyak 71.1% dalam Dewan Rakyat, walaupun parti campuran ini hanya memperoleh 51.7% daripada jumlah undi. 



Pencapaian 71.1% ini adalah jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk kerajaan. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 48.3% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 30 kerusi yang tinggal.


Sumber : Wikipedia

No comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.