PRU 4 : 1974 : Wujudnya Barisan Nasional

Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pilihan Raya Umum Malaysia 1974 yang merupakan pilihan raya umum Malaysia yang keempat diadakan pada Ogos 1974. Pilihan raya ini juga merupakan pilihan raya umum yang pertama sejak Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sejak tahun 1971, keahlian Parti Perikatan yang terdiri daripada tiga parti komponen telah diperluas oleh Tun Abdul Razak untuk merangkumi 10 parti politik, termasuk Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan dinamakan Barisan Nasional. Bagaimanapun, menjelang pilihan raya, terdapat banyak pertikaian terhadap peruntukan kerusi yang mewujudkan ketegangan hubungan antara parti-parti komponennya sehingga ramai rang berpendapat bahawa parti campuran Barisan Nasional tidak akan kekal lama.

Pesaing utama dalam pilihan raya ini ialah sebuah parti campuran pembangkang yang diketuai oleh Lim Kit Siang, pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP). Amat berbeza dengan Barisan Nasional, parti campuran pembangkang ini tidak mempunyai mana-mana satu parti atau tokoh yang paling berpengaruh dan oleh itu, dengan pantasnya menunduk kepada pertikaian-pertikaian ideologi serta peribadi.

Pembubaran Parlimen dan tarikh pilihan raya

Pada 31 Julai 1974, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein mengumumkan bahawa Parlimen Malaysia yang ketiga dan Dewan-dewan Undangan Negeri, kecuali di Sabah dibubarkan setelah Yang di-Pertuan Agong menandatangani pengisytiharan pembubaran Parlimen. Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya juga telah dimaklumkan mengenai pembubaran Parlimen dan Dewan-dewan Undangan Negeri.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa tarikh bagi hari penamaan calon ialah 8 Ogos 1974 manakala Hari Mengundi bagi Semenanjung Malaysia ialah pada Sabtu, 24 Ogos 1974. SPR pada 1 Ogos 1974, mengumumkan 21 simbol yang akan digunakan oleh parti politik dan calon bebas dalam Pilihan Raya Umum kali keempat ini. Barisan Nasional menggunakan simbol dacing, Parti Kesatuan Insaf Tanah Air atau KITA akan menggunakan simbol Pokok Kelapa Sawit dan Parti Progresif Rakyat Bebas (PPP) menggunakan simbol Rumah Api. Lain-lain parti akan menggunakan simbol masing-masing iaitu Pekemas (Matahari terbit), DAP (roket), Parti Sosialis Rakyat Malaya (Benteng) dan SNAP menggunakan simbol perisai. Sembilan jenis simbol juga disediakan oleh SPR untuk calon bebas dan empat lagi simbol simpanan.Simbol-simbol calon bebas ialah bas, basikal, kapal terbang, anak kunci, lilin, buku, wau dan kepala harimau. Empat lagi sebagai simbol simpanan untuk calon-calon bebas ialah motokar, lampu, lampu picit dan bunga.

Menang tanpa bertanding



Sebaik sahaja penamaan calon ditutup pada tengah hari 8 Ogos 1974, Parti Barisan Nasional telah memenangi 90 kerusi tanpa bertanding. 47 daripadanya merupakan kerusi Parlimen dan 43 lagi, kerusi Dewan Undangan Negeri. Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn, serta lapan orang Menteri Kerajaan Pusat antara calon-calon yang menang tanpa bertanding bagi kawasan Parlimen. Ketua Menteri dan Menteri Besar yang menang tanpa bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri ialah Tun Datu Mustapha bin Datu Harun (Sabah), Haji Ghani Ali (Melaka), Datuk Haji Othman Saat (Johor) dan Dato' Syed Ahmad Shahabuddin (Kedah).  Manakala antara Menteri Kabinet yang menang tanpa bertanding ialah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie (Lipis); Menteri Kebajikan Am, Puan Hajah Aishah Ghani (Kuala Langat); Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Datuk Abdul Ghani Gilong (Kinabalu) dan Menteri Tak Berjabatan yang juga Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Encik Mohd Khir Johari.

Keputusan pilihan raya

Walaupun kemenangan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang sudah pasti, parti campuran ini mencatat satu pencapaian yang tertinggi sejak kemerdekaan. Pemerolehan 135 kerusi yang merupakan 87.7% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat adalah melebihi pencapaian sebanyak 85.6% yang dicapai pada tahun 1964. Jumlah undi sebanyak 60.7% juga merupakan satu perbaikan sebanyak 23.1% berbanding tahun 1969 yang hanya mencatat 49.3% jumlah undi. Pencapaian ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.



Majoriti sebanyak 87.7% jelas jauh melebihi dua pertiga Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menubuhkan kerajaan. Barisan Nasional juga memenangi semua kerajaan negeri, termasuk Kelantan, disebabkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) kini merupakan sebahagian parti campuran Barisan Nasional.

Sebaliknya, parti-parti pembangkang pada keseluruhannya mengalami kekalahan yang amat teruk dan mencatat rekod yang terendah sejak kemerdekaan dengan jumlah undi hanya sebanyak 39.3%. Bilangan kerusinya sebanyak 19 hanya merupakan 12.3% daripada kerusi-kerusi Dewan Rakyat. Ini merupakan satu penurunan sebanyak 63.7% dalam bilangan kerusinya.

Sumber : Wikipedia

2 comments:

  1. antara semua parti pembangkang, DAP je yang memang tulen pembangkang. Yang lain pernah join BN atau keluar dari ahli BN

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.