Sony MDR-XB450 On-Ear EXTRA BASS Headphones (Black)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sememangnya aku dah lama impikan nak ada satu headphone sebagai satu koleksi untuk mendengar muzik dengan lebih jelas dan sebagainya. Kalau menggunakan earphone biasa, ada yang kurang jelas dalam sesuatu muzik yang aku dengar, jadi mempunyai headphone merupakan satu keperluan bagi aku.

Sony MDR-XB450 On-Ear EXTRA BASS Headphones (Black) telah dipilih untuk merealisasikan impian aku untuk mempunyai headphone. Beberapa kali juga aku cari dan membuat kaji selidik tentang headphone terbaik. Sony MDR-XB450 On-Ear EXTRA BASS Headphones (Black) ini dipilih kerana mempunyai ciri-ciri yang aku suka , selain harganya yang berada di dalam lingkungan bajet aku sendiri.



Alhamdulillah, pagi tadi telah sampai Poslaju yang membawa Sony MDR-XB450 On-Ear EXTRA BASS Headphones (Black) yang telah aku beli di laman web Lazada. Alhamdulillah, pakej ini sampai 5 hari lebih awal daripada yang dijanjikan. Syukur. Jom kita lihat apa yang ada di bahagian dalam.





Harga yang ditawarkan oleh Lazada adalah di bawah RM20 , jadi aku rasa ianya sangat berbaloi. Bila melihat harga sebegini dan jenama pula daripada Sony, aku sudah 70% pasti yang produk ini adalah tiruan tetapi tiruan yang bermutu tinggi.



Itulah rupa bentuk Sony MDR-XB450 On-Ear EXTRA BASS Headphones (Black) yang telah sampai. Sukar nak percaya yang headphone ini berharga bawah daripada RM20. Sebab kualitinya sangat bagus. Bunyi bass dan semuanya sangatlah jelas. Kalau tengok , mungkin produk ini berharga diantara RM30 - RM 50, tetapi sebenarnya berharga bawah RM20.

Setakat ini, aku puas hati dengan barang yang sampai melalui Lazada ini. Barang dibungkus dengan begitu rapi unuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku sebelum sampai ke rumah aku. Alhamdulillah. Kepada anda yang nak beli, bolehlah check di laman web Lazada dengan segera.

Sekian.

3 comments:

  1. Rest is significant for pretty much every part of our lives - it straightforwardly influences our wellbeing and prosperity, and can mean the contrast between awakening and feeling 1,000,000 dollars, or awakening and having the entire world feel like it's against you.


    best reusable earplugs for sleeping

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.