Majlis Pertunangan Kakak



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku nak menceritakan tentang majlis pertunangan kakak aku yang diadakan pada raya keempat yang lalu. Alhamdulillah , majlis yang dirancang secara saat-saat akhir ini berjalan lancar.










Gambar di atas adalah tujuh dulang hantaran yang disediakan bagi pihak perempuan. Kebanyakan daripadanya adalah hasil ehsan daripada saudara mara dan juga jiran tetangga. Alhamdulillah , kurang sikit beban bagi hantaran.


Majlis bermula selepas Zohor, iaitu selepas rombongan lelaki tiba. Gambar di atas menunjukkan kakak aku yang gementar menanti rombongang lelaki datang. Sebelum itu, pada jam 11 pagi sehingga Zohor , adik beradik , saudara mara dan jiran tetangga sudah ramai yang datang dan makan dahulu sebelum majlis bermula. Penuh kawasan rumah aku dengan saudara mara.


Ibu tunang kakak aku menyarungkan cincin pertunangan.


Gambar di atas adalah gambar hantaran bagi kedua-dua pihak. Yang membuatkan aku pelik, jumlah hantaran daripada pihak lelaki adalah berbeza daripada yang ditetapkan iaitu 9 dulang hantaran. Tapi , aku tengok orang sekeliling tak pelik atau merasakan jumlah ini sebagai suatu masalah pun.


Gambar bersama ibu dan mak saudara.


Gambar bersama tunang dan mak saudara. Itulah lelaki yang berjaya menambat hati kakak aku.


Gambar bersama ibu bapa.

Aku begitu teruja menyaksikan majlis-majlis sebegini. Aku sangat suka melihat bagaimana adat melayu dikekalkan dan terus diwarisi zaman berzaman. In shaa Allah bulan November nanti adalah majlis perkahwinan pula. Tak sabar nak menerima anak saudara.

Sekian.

12 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.