Tutorial Letak Iklan Adsense In Article di dalam entri blog



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini adalah mengenai cara-cara untuk meletakkan iklan Adsense in-article ke dalam ruangan entri blog. Sebenarnya anda boleh lihat pelbagai tutorial yang telah dibuat oleh beberapa blogger, tetapi sebagai rujukan untuk masa hadapan bagi diri sendiri , aku nak tulis juga tutorial mengenai tajuk ini.

1. Pengenalan



Native In-Article ads adalah iklan yang dioptimimumkan oleh Google yang membantu kita meletakkan iklan di antara perenggan di dalam entri blog kita.

Antara kelebihannya :-

- Better User Experience (Pengalaman pembaca yang lebih baik) Iklan in-article menggunakan elemen iklan yang berkualiti tinggi supaya kelihatan lebih baik dan memberikan pengalaman atau pembacaan yang lebih baik kepada pembaca.

- Ideal for mobile (Ideal untuk mudah alih) Iklan in-article adalah iklan lebar penuh yang sesuai untuk menggunakan ruang kecil pada peranti anda.

- Google Optimized (Dioptimumkan oleh Google) Iklan in-article dioptimumkan oleh pihak Google untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik di dalam entri blog anda.


2. Cara letak iklan in-article dalam entri blog

Bahagian A (mendapatkan kod iklan Adsense in-article)

  • Masuk ke akaun Adsense anda
  • Kemudian pilih + New ad unit

  • Pilih bahagian In-article ads

  • Di bahagian ini , anda boleh customize iklan anda. Pertama, anda perlu menamakan iklan itu terlebih dahulu. Kemudian anda boleh memilih style, font dan juga warna bagi title, description, background dan sebagainya

  • Seterusnya, setelah selesai, anda pilih SAVE AND GET CODE , copy kod tersebut.

  • Selesai bahagian A
Bahagian B (parse kod terlebih dahulu)


  • Sila PARSE kan kod yang telah dicopy di bahagian A di HTML PARSE
  • Caranya paste kod tersebut di ruangan HTML ini dan klik ESCAPE.
  • Kemudian, ambil kod yang telah di PARSE itu dan pastekan di bahagian lain terlebih dahulu.
  • Masukkan kod tadi ke dalam kod dibawah ini.

<div expr:id='"post1" + data:post.id'/>
<div class='googlepublisherads' style='margin:20px 0'>
<center>
--Letakan kod iklan Adsense in-artilce yang telah diPARSE--
</center>
</div>
<div expr:id='"post2" + data:post.id'>
<data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>
var obj0=document.getElementById("post1<data:post.id/>");
var obj1=document.getElementById("post2<data:post.id/>");
var s=obj1.innerHTML;
var t=s.substr(0,s.length/2);
var r=t.lastIndexOf(&quot;&lt;br&gt;&quot;);
if(r>0) {obj0.innerHTML=s.substr(0,r);obj1.innerHTML=s.substr(r+4);}
</script>
  • Copy dan paste kan kod di atas di tempat lain terlebih dahulu. 
  • Selesai bahagian B.
Bahagian C (meletakkan kod di dalam blog)

  • Buka dashboard blog, kemudian pilih Theme dan pilih Edit HTML
  • Cari kod <data:post.body/> di bahagian HTML dengan menggunakan fungsi CTRL+F.  Perlu diketahui bahawa terdapat dua atau tiga kod ini di dalam ruangan HTML tersebut.
  • Ambil kod yang telah dicopy pada bahagian B kemudian GANTIkan dengan kod <data:post.body/> yang anda jumpa.

Tips : Sila cuba satu-persatu kod <data:post.body/> yang ada. Tips daripada blogger Sayidah Napisah, cari kod <data:post.body/> yang berdekatan dengan perkataan post-entry.

  • Preview Template anda terlebih dahulu. 
  • Kemudian, View Blog anda. In shaa Allah iklan tersebut akan muncul. Kalau tidak muncul, mungkin ada kesilapan di beberapa tempat.
  • Selesai.
Jika anda ada soalan atau pertanyaan mengenai tutorial ini , anda boleh ajukan soalan di bahagian komen di bawah. In shaa Allah , setiap soalan akan dijawab dengan seikhlas hati.




Sekian.

11 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.