10+ Cara Lajukan Laptop Sepantas Kilat



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Sedang asyik aku menulis blog dan berblogwalking ke blog rakan-rakan, aku dapat rasakan bahawa laptop aku sekarang ini terlampau lembab. Contohnya bila buka window yang baru, loadingnya mengambil masa hampir beberapa minit.  Jadi, aku ada melihat beberapa tips dan cara-cara lajukan performance  laptop di laman carian Google. Alhamdulillah , ada beberapa cara yang telah aku jumpa.

Memandangkan aku menggunakan laptop windows, maka semua tips di bawah adalah khas untuk mereka yang menggunakan windows sahaja.

1. Buang Virus dan Spyware



Tanpa anda sedari, virus dan spyware boleh memasuki laptop anda. Selalunya virus atau spyware akan masuk kedalam laptop anda melalui email, software tidak sah (crack), perkongsian external storage seperti pendrive/external hard disk tanpa pengawasan, download sesuatu melalui Peer to Peer seperti torrent, penggunaan Access Point (wifi) awam dan sebagainya. 

Virus dan spyware akan membuatkan laptop anda menjadi slow pada mulanya sehingga menjadi sangat-sangat slow pada kemuncaknya. Ianya kerana virus dan spyware bergerak (running) secara background dengan begitu tinggi sekali. Dengan mencegah dan membuangnya, perkara ini dilihat berkesan bagi mengekalkan mahupun melajukan laptop anda.

Ada juga virus dan spyware yang akan membuatkan segala folder anda menjadi shortcut, folder hilang entah kemana dan sebagainya. Diawal tahun 2017, tular di media sosial bahawa ada satu virus yang diberi nama Ransomware akan mengakibatkan segala data dan dokumen yang disimpan didalam laptop anda akan dikunci. Virus ransomware berkenaan akan mengeluarkan satu pop up atau prompt bagi memeras ugut anda.

Peras ugut yang dilakukan oleh virus ransomware selalunya akan meminta anda membayar sejumlah wang ke akaun sekian sekian jika anda inginkan data anda kembali. Yang kejamnya mengenai ransomware ini ialah segala bayaran yang anda lakukan kepadanya adalah satu muslihat sahaja. Lepas sahaja bayar, data anda tetap berkunci seperti biasa.



Secara ringkasnya, adalah penting bagi anda untuk install perisian (software) Antivirus. Antivirus dapat membantu untuk menyekat virus & spyware dari masuk kedalam laptop anda. Antivirus juga banyak yang percuma.

Bila kaitkan benda percuma ini, sudah tentu antivirus percuma tidak ada ciri yang lagi advance atau super wow. Jangan pula anda install antivirus melebihi satu. Perbuatan ini lebih banyak mendatangkan keburukan dari baiknya.

Satu antivirus sahaja dah running secara background dengan begitu banyak sekali. Bayangkan jika dua atau berjemaah antivirus dipasang, memang makin slow laptop anda dibuatnya. Cukuplah sekadar install satu sahaja dan pastikan antivirus tersebut berkesan. Selalunya laptop baru dibeli didatangkan dengan perisisan antivirus berbayar. Gunakan sebaiknya bagi memastikan laptop anda kekal selamat dan laju.

2. Buang Segala Documents Yang Tak Digunakan

Documents yang banyak akan membuatkan storage anda penuh. Tinggalkan sebaik-baiknya 20GB ruang kosong pada storage. Ini kerana Operating System memerlukan ruang kosong bagi ianya kekal beroperasi lancar. Jika storage penuh, kemungkinan berlaku Windows corrupt, bluescreen dan sebagainya adalah tinggi.



Nak lagi bagus, boleh letakkan segala dokumen anda pada external hard disk ataupun cloud storage. Cloud storage ada yang percuma seperti Mega, Dropbox, Google Drive dan lain-lain lagi. Cuma ianya terhad dan memerlukan anda mengeluarkan kos bagi kapasiti tambahan yang diperlukan. 



Didalam artikel ini akan cuba elakkan anda dari mengeluarkan kos untuk melajukan laptop. Apa yang penting adalah dokumen yang diletakkan pada desktop. Ianya sangat tidak bagus kerana dokumen yang terletak pada desktop akan disimpan di partition Operating System. Selalu ianya dilabelkan sebagai Local Disk (c).

Amalan menyimpan dokumen pada desktop perlu dielakkan agar partition sistem iaitu Local Disk C tidak penuh bagi memastikan kelancaran Operating System beroperasi sekaligus tidak melembabkan laptop anda. Letak sahaja shortcut pada desktop bagi memudahkan urusan anda.

3. Buang Crapware / Bloatware

Lebih mudah untuk anda faham, crapware dan bloatware merupakan software yang anda tidak gunakan langsung. Crapware dipasang tanpa kerelaan dan keredhaan anda. Bloatware pula adalah perisian pasang yang memang telah sedia ada masa anda baru beli laptop tersebut atau baru lepas install Windows baru. Secara tak langsung ianya melambatkan dan memperlahankan laptop anda kerana ianya sentiasa running secara background. 



Anda boleh membuang kedua-dua ini melalui Control Panel > Uninstall a program. Pilih yang mana anda tidak gunakan dan uninstall. Ada sesetengah tidak boleh dibuang dengan cara ini. Justeru, gunakan alternatif lain dengan menggunakan perisian 3rd party seperti iobit uninstaller.



Bagi bloatware yang terdapat pada Windows 8 & 10 pula, klik sahaja uninstall pada apps seperti didalam gambar. Buatlah ianya satu persatu sehingga tiada lagi bloatware yang anda inginkan disitu. Nak lebih mudah, boleh juga gunakan perisian 3rd party dan anda boleh buang segala bloatware dengan lebih mudah. Secara ringkasnya, laptop anda lebih laju jika semua bloatware dan crapware dapat dibuang sepenuhnya kerana tiada lagi perisian yang akan running secara background.

4. Kosongkan Recycle Bin

Recycle bin yang penuh dengan segala dokumen yang telah anda delete memang akan melembabkan laptop anda. Perlu diingatkan, dokumen yang telah anda buang masih lagi tersimpan didalam recycle bin. Ini akan menyebabkan storage anda terjejas jika recycle bin tak pernah dikosongkan. Bila storage penuh pula, laptop anda akan mula perlahan sehingga masalah lain berlaku seperti yang dinyatakan sebelum ini. 



Right click sahaja pada recycle bin dan klik empty recycle bin untuk kosongkan recycle bin berkenaan. Secara tak langsungnya cara ini dapat mengelakkan storage dari penuh dan memastikan laptop anda jauh dari masalah. Mudahkan?

5. Clean Up Disk

Clean up disk adalah satu utility sedia ada pada Windows yang berfungsi untuk membuang data-data tak berkenaan. Data-data tersebut terletak jauh didalam beberapa subfolder. Utility ini memudahkan anda untuk membuangnya.

Temporary internet files, downloaded program files dan sebagainya menjejaskan ruang pada storage laptop anda. Kesemua ini boleh dibuang melalui utility Disk Cleanup yang disediakan. Dengan menggunakan Disk Cleanup juga anda dapat mengosongkan recycle bin.



Banyak lagi benda boleh dibuang dengan utility ini. Utility ini boleh dijumpai dengan mudah. Search sahaja Disk Cleanup pada Windows anda dan ianya akan keluar.

Peringatan: Dinasihatkan untuk anda tidak tick pada tick box yang tertulis Compress Old Files (jika ada) padanya. 

6. Gunakan Perisian Utiliti



Perisian utiliti yang dimaksudkan adalah perisian 3rd party yang boleh anda download di internet secara free. Contohnya perisian CCleaner. Perisian ini lebih advance dari Disk Cleanup. Macam-macam boleh dibuang termasuklah segala history, cache, temporary files pada browser anda. Banyak lagi ciri menarik yang disediakan oleh perisian ini. 



7. Kurangkan Startup

Startup (software yang hidup sendiri selepas boot dan running secara background tanpa dibuka) menyebabkan boot ke Windows lebih perlahan. Ini sangatlah menjejaskan prestasi laptop anda. 

Cara lajukan laptop secara percuma dengan setting sahaja startup:

- Tekan kekunci Windows + R serentak

- Taip msconfig pada ruang disediakan

- Klik pada tab Startup

- Untick segala perisian yang anda tidak mahu ianya launch semasa startup.

8. Tukar Power Setting Kepada High Performance

Jika anda perasan, laptop anda telah ditetapkan kepada tiga plans.



Power Saving - Plan ini akan mengurangkan kelajuan processor kepada tahap yang paling rendah, memalapkan skrin semalap-malapnya dan lain-lain lagi diminimumkan untuk menjimatkan bateri. 

Balanced - Plan ini merupakan default setting bagi semua laptop. Ianya akan merendahkan kelajuan processor bila tiada kepentingan dan akan meninggikan kelajuan bila anda perlukannya. Lebih mudah untuk anda faham, ianya automatic.

High Performance - Plan ini pula akan menetapkan processor untuk berkelajuan tinggi setiap masa. Ini diibaratkan anda menggunakan sepenuhnya kelajuan processor untuk melakukan sesuatu tanpa limit.

Anda boleh gunakan setting atau plan high performance sebagai cara lajukan laptop secara percuma. Tiada siapa yang akan caj anda untuk cara ini.

Cara untuk setting plan High Performance pada laptop ialah:

- Tekan Windows + R serentak sehingga keluar popup

- Tulis ini powercfg.cpl pada ruang yang disediakan dan tekan enter

- Dibawah select a plan, klik pada show additional plans jika tiada plan high performance dan tick high performance.

Kemudian, klik save changes dan tekan OK 



9. Gunakan Performance Troubleshooter

Windows ada menyediakan satu utitlity untuk detect basic problem yang menyebabkan laptop anda slow. 



Cara buka utility ini:

- Buka system and security di Control Panel

- Klik find and fix problems

- Klik check for performance issues dan tekan Next


Bergantung kepada isu yang akan dikenalpasti. Ada yang Windows repair dengan sendirinya, dan ada yang perlu kita lakukan secara manual

Dengan cara ini, anda akan merasa perbezaan performance yang ketara pada laptop anda.

10. Tutup Search Indexing

Search indexing selalu menyebabkan laptop slow. Sebagai penyelesaian, ianya perlu dimatikan.



Cara untuk tutup search indexing:

- Buka indexing options pada control panel

- Klik modify

- Untick semua


Selepas menggunakan cara ini, performance juga dilihat berubah secara ketara dan laju.

11. Setting Visual Effect Pada Performance Options

Setting ini akan menutup segala animasi untuk lajukan laptop anda.


Caranya untuk setting visual effect pada performance options ialah:

- Search performance options pada Windows


- Pada tab visual effect, klik adjust for best performance


- klik Apply dan siap

12. Guna Disk Defragmenter

Disk defragmenter berfungsi untuk menyusun semula data yang yang disimpan pada storage. Ini membolehkan anda untuk akses data didalam storage hard disk dengan lebih laju.




Cara lajukan laptop secara percuma menggunakan Disk Defragmenter:

- Search sahaja Disk Defragment (jika Windows 7) & Optimize Drive (jika Windows 10) pada ruang search Windows anda

- Klik analyze terlebih dahulu sebaik sahaja Disk Defragmenter dibuka. Analyze berfungsi untuk anda tahu samada storage anda perlu dibuat defragment ataupun tidak

- Sebaik sahaja analyze siap, klik defragment disk

Masa yang diambil untuk proses siap bergantung kepada tahap fragment pada storage anda. Kelajuan read & write akan lebih laju tanpa fragment pada disk anda. Sebaiknya, gunakan utility ini semasa tengah malam atau waktu yang tidak anda gunakan kerana mungkin mengambil masa yang lama.


13. Restart Laptop

Ramai pakar mengatakan restart juga mempunyai kelebihan tersendiri sehingga mampu mengekalkan kelajuan laptop anda. Restart laptop dipercayai dapat membantu banyak common problem yang dihadapi seperti slow, lag, mouse tak boleh guna dan sebagainya. 

Pernah anda ada masalah biasa-biasa dengan laptop dan bila restart terus masalah dah okay? Jika ya, itu buktinya restart ada kelebihannya tersendiri walaupun tak begitu ketara perubahannya. Dinasihatkan, restart laptop anda sekurang-kurangnya seminggu sekali.

14. Guna Readyboost

Jika RAM anda rendah, gunakan ini. Readyboost dapat membantu anda:

- Buka video, gambar atau lagu dengan 3% lebih laju berbanding biasa

- Loading yang berlaku semasa anda buka browser dapat dikurangkan sebanyak 3%

- Boot 8% lebih cepat berbanding biasa

- Software akan terbuka 11-16% lebih cepat berbanding biasa.

Readyboost sangat effective dan perubahan yang berlaku lebih ketara jika laptop anda hanya mempunyai 2GB RAM sahaja. Jika RAM anda 4GB keatas, cara ini dilihat kurang berkesan kerana RAM anda sudah mencukupi.



Cara lajukan laptop secara percuma guna ReadyBoost:

- Right click pada pendrive yang anda masukkan pada laptop

- Pergi ke Properties

- Buka tab ReadyBoost

- Pilih Use this device

- Masukkan amount memory yang anda mahukan dibawah Space to reserve for system speed. Windows selalunya set kan secara auto jika tidak mengisinya.

- Klik OK untuk save segala yang buat pada ReadyBoost

- Restart

Selepas restart, hasil akan mula kelihatan.



Alhamdulillah , setelah aku ikut semua cara-cara dan tips di atas, laptop aku lebih ringan dan lau berbanding sebelum ini. Ianya sekaligus memudahkan untuk membuat kerja dan sebagainya. Diharap agar anda yang masih lagi buntu untuk melajukan laptop anda boleh ikut cara-cara di atas ya!


Sekian

6 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.