5 Filem Terbaik Lakonan Saiful Apek



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Satu Malaysia mengenali figura Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohamad Saiful Azam. Beliau merupakan salah seorang pelawak terbaik yang pernah negara ada. Kali ini aku nak kongsikan dengan pembaca semua tentang 5 filem terbaik yang pernah dilakonkan oleh beliau. Sebelum itu, aku nak beritahu bahawa 5 filem ini tidak termasuk dengan filem-filem Senario. Jadi , ini adalah hanya untuk filem-filem yang dilakonkan beliau luar daripada siri filem Senario.

5. Biar Betul (2004)

 


Pengarah : Aziz M. Osman
Tarikh : 16 Disember 2004
Dibintangi oleh : Saiful Apek, Afdlin Shauki, Wahid Senario, Yassin Yahya & Syanie

Ditempat ke 5 adalah filem Biar Betul. Mungkin ada yang sudah lupa dengan filem ini, filem ini adalah filem komedi yang berasaskan jenayah. Filem ini menarik kerana jalan cerita yang berbeza daripada cerita-cerita komedi lain iaitu mengenai jenayah tetapi dalam unsur komedi.  Selalu juga filem ini ditayangkan pada hari raya.


4. Lady Boss (2005)


Pengarah : Prof Madya A. Razak Mohaideen
Tarikh : 2 Jun 2005
Dibintangi oleh : Saiful Apek, Ning Baizura, Erra Fazira, Yusry KRU, Farid Kamil.

Siapa yang tak tahu tentang filem ini? Sememangnya filem ini merupakan salah satu buah tangan terbaik Prof A Razak Mohaideen.  Selain menjadikan penyanyi Ning Baizura sebagai teraju utama , terdapat juga pelakon hebat lain seperti Erra Fazira dan Farid Kamil di dalam filem ini. Antara babak yang aku masih ingat adalah ketika Saiful dan Yusry menyanyikan lagu Goreng pisang di pondok bas. Babak itu sangatlah legend dan masih dingati sehingga kini. 

3. Anak Mami Kembali (2005)



Pengarah : Prof Madya A Razak Mohaideen
Tarikh : 3 November 2005
Dibintangi oleh : Saiful Apek, Fasha Sandha, Farid Kamil , Waheda, Aean Irdawaty, Piee.

Salah sebuah filem anak mami yang tak akan dilupakan. Jenaka yang dipertonjolkan di dalam filem ini sangat segar dan mencuit hati. Antara babak menarik dan mencuit hati adalah ketika Saiful menjadi lelaki lembut supaya tidak dapat berkahwin dengan pilihan ibunya Mak Bee. Siapamasih ingat filem ini? Kadang-kadang aku boleh nampak watak Mak Bee tu dekat mak aku sendiri. Haha. 


2. Duyung (2008)



Pengarah : Prof Madya A Razak Mohaideen

Tarikh : 6 Mac 2008
Dibintangi oleh : Saiful Apek, Maya Karin, Yassin Yahya, Yasmin Hani & Awie.

Antara filem yang menarik yang ditayangkan pada tahun 2008. Filem ini menarik kerana membawa konsep duyung di dalam filem yang mana sangat jarang dibawa di dalam industri perfileman Malaysia. Jalan cerita yang menarik , kesan khas dan sebagainya berjaya menjadikan filem ini antara filem terbaik yan dijayakan oleh Saiful Apek. Selain filemnya, runut bunyinya juga sangat popular. Siapa yang masih ingat dengan lagu Aspalela? Salah satu lagu yang menjadi siulan ramai orang di tahun 2008. 


1. Cicakman (2006)



Pengarah : Yusry KRU
Tarikh : 7 Disember 2006
Dibintangi oleh : Saiful Apek, Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, AC Mizal, Adlin Aman Ramlie.

Filem yang mendapat tempat pertama adalah filem Cicak-Man. Salah sebuah filem adiwira di Malaysia yang paling mendapat sambutan. Apa yang menarik di filem ini adalah penggunaan imej janaan komputer (CGI) yang sangat meluas walaupun kualitinya masih rendah tetapi patut diberikan pujian. Filem ini menerima dua anugerah di Festival Filem Malaysia ke 20.  Bagi aku , ini adalah filem lakonan Saiful Apek yang paling berjaya. Mungkin kerana ini kali pertama filem adiwira dibuat di Malaysia. Walaubagaimanapun, plotnya masih agak sama seperti filem adiwira keluaranluar negara tetapi masih banyak perkara yang boleh dipuji. Untuk sekuelnya pula bagi aku kualitinya agak kurang berbanding yang pertama manakala filem Cicakman 3 adalah filem yang paling teruk yang pernah aku tonton di wayang.



Ada lagi beberapa filem yang menarik seperti filem Jutawan Fakir dan MX3 , mungkin flem itu ditempat ke 6 dan 7. Bagaimana dengan carta kedudukan ini? Puas hati? Jika anda tidak puas hati bolehlah membuat senarai filem anda sendiri di ruangan komen. Mana tahu anda punya carta filem lebih menarik dan mungkin juga aku ada terlepas pandang dalam beberapa filem lain?

Sekian.

Sumber : Wikipedia
Sumber Gambar : Google Image

4 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. tapi antara 5 diatas, saya tetap kata filem kecoh betul, paling baik dilakonkan oleh Apek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecoh betul? tak semapt lgi nk tgok filem tu.. in shaa Allah nnti saya tgok :)

      Delete
  2. "Kadang-kadang aku boleh nampak watak Mak Bee tu dekat mak aku sendiri. Haha"
    habis la kalau mak kau baca ayat tuuu hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post