5 Tips Penting Sebelum di Temuduga



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Boleh dikatakan hampir semua orang yang ingin mendapatkan pekerjaan perlu melalui proses yang digeruni iaitu temuduga. Boleh tidur tak lena bila dipanggil ke temuduga kan? Mana tidaknya, entah macam mana la temuduga itu nanti kan? Tapi jangan risau... InsyaAllah, tak ada masalah tak boleh diselesaikan...

Dalam entri ini , akan dikongsikan kepada anda tentang 5 perkara penting yang perlu dititikberatkan sebelum proses temuduga.


1. BE PREPARED

Ada beberapa kes di mana terdapat beberapa orang calon yang ditemuduga tidak melakukan persediaan yang cukup sebelum menghadiri temuduga. Persediaan tersebut mencakupi:

i. Dokumen

Pastikan segala dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan dan telah disahkan oleh orang yang berkelayakan. Dokumen-dokumen tersebut pula perlulah disediakan dalam bentu asal dan juga salinan seperti surat beranak, kad pengenalan dan sebagainya.

ii. Sijil

Bagi sijil-sijil pula pastikan anda hanya memilih segala sijil yang berkaitan dan bersesuaian sahaja. Apa maksud berkaitan dan bersesuaian? Elakkan daripada menyertakan sijil daripada sekolah rendah. Seeloknya pilihlah sijil yang kalau paling lama pun daripada peringkat sekolah menengah sehinggalah ke peringkat semasa.

iii. Gambar

Sekiranya anda diminta untuk membawa gambar, bagi lelaki pastikan anda berpakaian kemas di dalam gambar tersebut seperti rambut disikat kemas, baju berkemeja dan bertie untuk kelihatan lebih kemas dan profesional. Bagi perempuan boleh berbaju kurung ataupun berbaju kemeja. Pilih warna pakaian yang bersesuaian.

b. Pakaian

Sediakan pakaian untuk anda ke temuduga lebih awal supaya anda tidak tergesa-gesa pada esok hari.

2. BE EARLY

"Don't be on time, BE EARLY." Anda perlu mengenalpasti tempat yang anda akan hadiri untuk temuduga itu supaya anda tidak tersesat dan terlewat pada hari temuduga. 

3. STUDY

Belajar dan buatlah kajian tentang syarikat atau majikan yang anda ingin bekerja supaya sekiranya ditanya anda boleh jawab, InsyaAllah. Pada masa yang sama, anda perlu faham tentang skop kerja anda supaya anda tidak "terbabas" semasa temuduga.

4. PRACTICE 

Pastikan anda berlatih untuk bercakap dalam bahasa Melayu dan juga English supaya anda terbiasa dengan cara menjawab dan bercakap. Berlatih juga tentang tata cara temuduga iaitu tentang bagaimana cara untuk duduk, cara untuk menjawab, bertanya dan sebagainya. 

5. SLEEP EARLY

Pastikan anda tidur awal supaya anda boleh bangun dalam keadaan segar kerana apabila anda tidur lewat, badan anda akan berasa lemah dan ianya ada kemungkinan akan mengganggu "mood" anda semasa temuduga.


Sekian

8 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.