Apa itu UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) dan Kesan jika UEC diiktiraf ?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gambar Hiasan

Ramai sebenarnya yang masih kurang arif atau tahu dan cakna mengenai isu pengiktirafan UEC ini. Apa itu UEC? Mengapa mereka mahu UEC ini diktiraf? Apa kesan jika UEC ini diiktiraf? Apa pula kenyataan daripada Menteri Pendidikan berkenaan isu ini? Segalanya dapat dilihat di dalam artikel ini. Semoga kita semua dapat memahami akan perkara asas terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa kenyataan atau pandangan.


Apa itu UEC?

1.UEC merupakan satu Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination Certificated/UEC) yang diwujudkan oleh Dong Jiao Zong (Persatuan Guru dan Pengarah Sekolah Cina) sejak tahun 1975 dan digunakan di Sekolah Persendirian Cina di Malaysia.

UEC diwujudkan apabila bantuan kerajaan dihentikan kerana lembaga sekolah tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar seperti di sekolah-sekolah awam.

2. Silibus UEC berasal dari Taiwan secara sepenuhnya dan dikelolakan ole Pertubuhan Persekutuan persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah CIna Malaysia (Dong Zong). Namun, silibus yang diguna pakai di sekolah-sekolah persendirian Cina adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Negara.

3. Terdapat tiga tahap UEC, iaitu Vokasional (UEC-V), Junior (UEC-JML/JUEC) dan Senior (UEC-SML/SUEC).

4. Bahasa Cina [Mandarin] merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains [Biologi, Kimia dan Fizik], Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan.

5. Kesukaran UEC-SML adalah sama dengan A-Level kecuali Bahasa Inggeris.

6. Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah [Junior] sehingga ke tiga tahap tinggi [Senior]. Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang. Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di sini.

7. Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR [PT3]. UEC-JML lebih susah daripada PMR. Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1. Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM. Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaaan UEC-SML.

8. UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan untuk kebanyakan universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.

9. Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengiktiraf Sijil UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan, dan Menteri Pengajian Tinggi ketika itu, Dr Shafie Salleh, mengecualikan pelajar UEC dariapda keperluan tersebut. 

Kesan Jika UEC Diiktiraf

1. Ianya sangat tidak adil kepada pelajar yang cekal dan tabah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan. Jangan khianati golongan seperti ini.

2. Pengiktirafan UEC akan mewujudkan contoh terdahulu seperti peperiksaan lain G.C.E A Level yang telah menerima desakan serupa. Maka kemungkinan akan ada lagi desakan lain demi kepentingan pihak tertentu.

3. Di samping itu, jika kerajaan mengiktiraf sesuatu perkara yang tiada dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan ianya boleh diibarat seperti 'menyusu kera di hutan, anak sendiri kelaparan'. Ini tidak adil kepada mereka yang bergelumang dengan sistem yang telah dicemuh banyak pihak sebelum ini.

4. Dalam erti kata lain, jika UEC diiktiraf ia umpama satu ebntuk penderhakaan kepada rakyat.

Oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik [KITA] Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM], Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong kepada UTUSAN

Kesan Lain Jika UEC Diiktiraf

  • Pengiktirafan UEC hanya akan meneruskan sistem dua aliran pendidikan yang berbeza dan menyumbang kepada pemisahan ideologi, cara hidup dan pergaulan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
  • Boleh menimbulkan tuntutan kaum lain untuk sijil daripada sekolah vernakular mereka diterima. Juga memberi ruang kepada pihak tertentu untuk menuntut supaya sijil luar lain turut diiktiraf kerajaan.
  • Tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Kenyataan Media Menteri Pendidikan Isu Sijil UEC

Pengiktirakan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Berkenaan isu Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), saya ingin menekankan di sini bahawa seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini, Kementerian Pendidikan sedang melakukan kajian holistik sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pengiktirafan UEC. Pengiktirafan UEC adalah salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) dan sebelum melaksanakan pengiktirafan ini, kita perlu mengambil kira isu kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan jika ada sebarang impak daripada keputusan pengiktirafan tersebut yang mungkin akan menjejaskan perpaduan serta keharmonian rakayt Malaysia. Justeru, pandangan daripada pelbagai pihak adalah amat penting dan interaksi Kementerian bersama pihak-pihak yang berkenaan tetap menjadi keutamaan saya. Sekali lagi, saya ingin menekankan bahawa apa sahaja keputusan yang kita ambil berkenaan pengiktirafan UEC ini, ia akan bersifat komprehensif dan holistik, tanpa mengugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
15 Julai 2018



Setelah membaca dan memahami isu ini secara jelas, apakah pendapat anda? Mungkin anda mempunyai pandangan anda tersendiri. Anda boleh kongsikan pandangan dan luahan anda terhadap isu ini diruangan komen artikel ini.

Sumber : Permohonan.my | Utusan |  FB Kementerian Pengajian Tinggi | Wikipedia

Sekian

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Semoga keputusan Menteri Pendidikan mengambil kira setiap aspek secara terperinci...

    ReplyDelete
  2. Pendidikan sekolah rendah sekarang pun dh sangat sukar bg akak as a mother... byk perkara anak2 perlu laksanakan... sehinggakan di peringkat sekolah rendah dah belajar ttg hpotesis yg level degree... kebebasan anak2 semakin kurang dibebani pendidikan yg padat. Kalau UEC tidak meninggalkan pendidikan sahsiah dan agama ia tidak menjadi masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sistem persekolahan skrg pun dah mcm ni.. macam mana la kalau ianya diiktiraf? Mungkin selepas diiktiraf, makin banyak sistem peperiksaan lain yang akan meminta untuk pengiktirafan..

      Delete
  3. tq share, baru tau pasal UEC ni lebih terperinci selepas baca entry ni.
    kalau UEC tidak selari dengan dasar pendidikan kebangsaan, eloklah tidak diiktiraf kerana pasti ada pihak lain juga akan cenderung utk meminta pendidikan mereka diiktiraf ... adoi! last last apa akan jadi dgn dasar pendidikan negara? suka suka buka sekolah sendiri, lepas tu nak minta govt iktiraf padahal tak ikut spesifikasi dasar pendidikan negara kan ... just a personal opinion #jangankecam .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sbb mmg itu tujuannnya entri ini dikongsi.. supaya lebih ramai yang tahu tentang isu ini..

      Delete
  4. Terima kasih untuk artikel ini, sangat memberi manfaat. Keep it up!

    Daftar Syarikat Malaysia

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post