Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tayangan Serentak Di Korea, Pertama dan Eksklusif Di Tonton! Bakal Cetus Fenomena Di Malaysia!
Hela nafas dalam-dalam! Bayangkan jika kisah silam anda boleh diketahui – bukan melalui cerita atau khabar angin, tetapi melalui benang merah yang kelihatan terapung di atas kepala. Kedengaran pelik? Gila? Menakutkan? Tapi inilah hakikat yang menggemparkan dalam drama Korea terbaru, ‘S LINE’, yang kini ditayangkan secara eksklusif dan pertama, serentak dengan Korea, hanya di platform penstriman No.1 negara, Tonton.
‘S LINE’, sebuah siri Korea yang sedang mencetuskan fenomena dan sedang hangat diperkatakan di seluruh Asia kini boleh ditonton secara eksklusif di Tonton bermula 11 Julai 2025.
Tampil berani mengangkat tema yang jarang disentuh dalam arus perdana, ‘S LINE’ sebuah siri thriller fantasi yang provokatif dan misteri, ia tidak hanya mencuri tumpuan malah mencetuskan perbualan hangat di seluruh Asia. Dibarisi oleh pelakon ternama Korea seperti Lee Soo-hyuk, Lee Da-hee dan Arin, ia bukan sekadar drama biasa, ia adalah sebuah karya yang membawa penonton menyelami dunia fantasi gelap yang sarat dengan ketegangan, skandal dan persoalan tentang naluri manusia.
‘S LINE’ membuka tirai yang mengundang persoalan tentang sisi gelap manusia - bagaimana jika rahsia paling peribadi seseorang boleh diketahui oleh orang lain? Inilah yang berlaku dalam ‘S LINE’, wujudnya satu fenomena aneh iaitu kemunculan garisan merah yang terapung di atas kepala individu tertentu. Garisan yang dikenali sebagai ‘S LINE’ ini ini hanya boleh dilihat oleh segelintir orang. Ia bukanlah garisan biasa, ia adalah petunjuk visual yang menghubungkan mereka yang pernah terlibat dalam hubungan intim. Bayangkan kekecohan yang berlaku, rahsia yang terlerai satu demi satu, dan tawa serta tangisan yang pecah apabila sejarah peribadi mula terbongkar di khalayak awam! Ia jelas bertindak seperti peta yang membongkar sejarah silam, rahsia peribadi dan skandal yang menggemparkan, sehingga mampu mencetuskan pelbagai reaksi sekali gus menimbulkan kekeliruan, ketakutan serta kekacauan dalam masyarakat.
Di tengah kekalutan dan misteri yang semakin meruncing, muncul watak utama Han Ji-wook (lakonan Lee Soo-hyuk), seorang detektif berkarisma dan berjiwa bebas yang tenang dalam setiap tindakannya. Dia bertekad untuk membongkar kebenaran di sebalik kemunculan fenomena garisan merah misteri ini. Dalam usahanya, Ji-wook tidak bersendirian. Dia bergabung dengan Kyu-jin (lakonan Lee Da-hee), seorang guru sekolah menengah yang memiliki pesona tersendiri dan keistimewaan untuk melihat garisan tersebut, serta Shin Hyun-heup (lakonan Arin), seorang pelajar remaja yang sejak lahir sudah mampu melihat garisan merah ‘S LINE’ – menjadikan hidupnya penuh tekanan dan rasa terasing.
Apabila fenomena ‘S LINE’ semakin memuncak dan mula mengganggu keseimbangan dunia nyata, pelbagai rahsia yang selama ini tersembunyi mula terbongkar. Kekacauan mula timbul, mencabar kepercayaan ketiga-tiga mereka terhadap realiti dan memaksa mereka untuk menentukan – sejauh mana mereka sanggup pergi demi kebenaran?
Semakin mereka menyelam lebih dalam, semakin banyak persoalan yang timbul. Kenapa hanya segelintir sahaja mampu melihat garisan ini? Kenapa ada individu yang langsung tidak memilikinya? Dan adakah semua ini berkait dengan satu siri pembunuhan berantai yang sedang menggemparkan kota?
Apa yang lebih menggusarkan, garisan merah ini bukan sekadar simbol – ia menjadi kunci kepada satu siri pembunuhan berantai yang mengejutkan. Dan dalam usaha mencari kebenaran, Ji-wook dan pasukannya menemui seorang individu pelik, Kyu-jin, satu-satunya orang yang langsung tidak mempunyai sebarang ‘S LINE’. Siapa sebenarnya dia? Apa rahsia yang disembunyikannya? Dan adakah semua ini sekadar imaginasi, atau realiti yang telah mula meracuni dunia?
Bukan hanya jalan cerita yang membuatkan minda berfikir, malah ‘S LINE’ turut menonjolkan arahan dan penulisan yang luar biasa. Idea asal oleh Handae Rhee dan diterjemahkan dengan cemerlang oleh pengarah Ahn Joo-young, ‘S LINE’ diadaptasi daripada webtoon popular karya Kkomabi – penulis yang juga dikenali menerusi drama siri popular ‘A Killer Paradox’.
‘S LINE’ turut menarik perhatian di peringkat antarabangsa. Ia merupakan satu-satunya drama Korea yang terpilih dalam pertandingan utama di Festival Siri Antarabangsa Cannes ke-8, dan berjaya membawa pulang Anugerah Muzik Terbaik. Pengarah muzik Lee Jun Oh menerima pujian atas reka bentuk bunyinya yang berjaya menghidupkan setiap babak dengan sempurna dan meningkatkan intensiti drama ini.
Bagi peminat Lee Soo-hyuk, ini adalah kemunculan semula yang tidak boleh dilepaskan. Beliau bukan sahaja tampil dengan lakonan yang lebih matang dan penuh dimensi, malah memperlihatkan sisi lain dirinya sebagai Han Ji-wook. Siri thriller psikologi enam episod yang berdurasi 50 minit ini, kini trending dan mencuri perhatian penonton seantero Asia, sekarang tersedia untuk tontonan rakyat Malaysia, hanya di Tonton.
‘S LINE’ kini secara rasmi tersenarai antara kandungan paling tinggi tontonan di Tonton, mencatat jumlah tontonan luar biasa sejak ditayangkan. Fenomena ini membuktikan bahawa penonton tempatan sudah tidak sabar untuk mengetahui – apakah yang akan terbongkar seterusnya? Strim ‘S LINE’ sekarang di Tonton. Muat turun aplikasi Tonton atau layari www.tonton.com.my hari ini.
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.