Review Filem : Sherlock Holmes (2009)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Entri mengenai review filem fiteruskan lagi dengan filem yang ditayangkan pada tahun 2009. Dimanakah anda ketika tahun itu? Pada tahun 2009, aku masih lagi di tingkatan 2. Baiklah, berbalik kepada review filem, filem yang akan direview adalah filem Sherlock Holmes.

Filem Sherlock Holmes merupakan sebuah filem aksi misteri yang ditayangkan pada tahun 2009, berdasarkan kisah dan karakter sama yang diwujudkan oleh Sir Arthur Conan Doyle.  Filem ini telah diarahkan oleh Guy Ritchie dan diterbitkan oleh beberapa penerbit iaitu  Joel SIlver, Lionel Wigram, Susan Downey dan Dan Lin. 



Mengenai plot, filem ini telah disetkan sekitar tahun 1890, detektif Holmes dan rakan baiknya Watson telah diupah oleh sebuah komuniti rahsia untuk menguraikan perkara mistik mengenai perluasan Empayar British oleh sebuah kuasa supernatural. 

Filem ini mendapat kritikan positif dan dicalonkan dalam beberapa anugerah terkemuka di dunia termasuklah Academy Awards, Golden Globe dan sebagainya. Sekuelnya iaitu Sherlock Holmes : A Game of Shadows telah ditayang pada tahun 2011 dan filem ketiganya dijadualkan ditayang pada tahun 2020.


Ulasan :-

Filem ini mempunyai beberapa kelebihan yang membuatkan aku terpaku sepanjang menonton filem ini. Antaranya adalah kekuatan karakter, visual yang dipaparkan serta plot yang penuh dengan aksi. Selain itu, kekuatan watak utama iaitu Sherlock yang dilakonkan oleh Robert Downey Jr. sangat mengagumkan! Keserasian beliau bersama Jude Law yang melakonkan watak Watson sangat hebat!


Aku sememangnya merupakan peminat tegar kisah-kisah Sherlock Holmes. Ada beberapa buku novel yang aku beli semuanya mengenai Sherlock Holmes. Sebagai seorang peminat buku novel Sherlock Holmes, sememangnya filem ini sama seperti apa yang aku bayangkan semasa membaca novelnya. 

Markah yang aku beri adalah 8.998 /10

7 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Beria nak tengok dulu tapi suami tak minat cerita camni..end up dah tak ingat nak tengok. Ni baca pulak, terus rasa nak cari..

    ReplyDelete
  2. Dah tgk movie ni. Cerita Sherlock Holmes memamng best. Kedua2 pelakon memang lakonkan watak dgn super bagus. Btw rating sampai ada point tu. Kira 9 star la ye. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! mmg diorg hebat berlakon.. pasal rating pulak.. lagi sikit je nk dekat 9 hehe

      Delete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post