Sibuk Beraya dan Kenduri



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberi ucapan sempena kelahiran aku pada 6 Julai yang lalu. Terima kasih sangat-sangat! Alhamdulillah , akhirnya dah 23 tahun hidup. Hahhaa. Mungkin ada yang perasan dalam 2 ke 3 hari ini aku agak kurang blogwalking dan sebagainya. Pertamanya adalah kerana sibuk dengan jemputan untuk majlis raya dan juga kenduri. Dalams atu hari tu , kadang-kadang dapat jemputan dalam 3-5 majlis. Makanya bila dah sampai rumah , semua orang dah letih dan akhirnya terus tidur. Nak jenguk blog pun macam tak larat.

Keduanya adalah kerana kakak aku menggunakan laptop sebagai medium hubungan bersama tunang dan rakan-rakannya. Ia adalah disebabkan oleh telefon pintarnya rosak padahal baru je beli sebelum raya hari tu. Jadi, waktu bersama laptop juga semakin kurang. Minta maaf ya rakan-rakan semua. In shaa Allah selepas ini akan kembali seperti biasa.

Sebagai hiasan, dalam gamabr di atas adalah gamabr kucing aku yang bernama Garfield atau nama manjanya Apin.. Dilahirkan pada tahun 2011 kalau tak salah dan sekarang masih lagi tidur bersama tiap-tiap malam.

Sekian.

8 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post