Tanam Rumput Beijing | Rumput Siti Khadijah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Beberapa bulan yang lalu, aku ada menulis tentang apa itu Rumput Beijing atau juga dikenali dengan nama lain Rumput Siti Khadijah. Untuk mereka yang nak tahu lebih lanjut tentang rumput ini, anda boleh lihat pada entri itu ya.


Sebenarnya dah lama jugak aku tanam pokok ni. Hampir 3 bulan rasanya aku tanam dalam pot bersaiz seperti di dalam gambar. Ada 5 pot kesemuanya. Tetapi antara kesemua pot tersebut, hanya satu pot sahaja daunnya begitu banyak dan segar manakala pot-pot yang lain semuanya umpama hidup segan mati tak mahu. Daunnya kecil , warna kuning , kemudian ada lubang-lubang digigit binatang buas [serangga].




Jadi , aku dan mak aku selaku petani sambilan mengambil inisiatif untuk menukar tanah yang berada di dalam pot itu juga menanam semula pokok-pokok itu.


Selain menukar tanah dan sebagainya , kami juga menambah baja untuk memberi nilai tambah pada tumbesaran pokok ini. [ayat bombastik]


Di dalam gambar anda dapat lihat beberapa pokok yang daunnya kecil tetapi masih boleh digunakan. In shaa Allah ianya akan membesar dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua, rokok daun itu bukan aku punya. Aku tak hisap rokok ya sebab bahayakan kesihatan , ianya milik ayah aku.


Garfield dan adik juga sama-sama ikut untuk proses menanam semula pokok ini. Garfield yang berwarna oren manakala adik di atas kerusi dan berwarna putih. In shaa Allah, aku doakan supaya pokok-pokok ini membesar dengan elok supaya dapat aku gunakan untuk merawat psoriasis.


Sekian

15 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Oh boleh rawat psoriasis? Siapa yang kene sakit ni? Suka juga tanam pokok. Walaupun rumah tkt 16, tetap Bella tanam pokok pandan dan kunyit. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya boleh rawat psoriasis. Ada bukti kesannya tapi saya lupa dkt mana bukti tu. sayalah pengidap penyakit tu, dah 10 tahun. wow tingkat 16 tu!

      Delete
    2. camne ok tak minum tu..kesan ok x sampai skrg

      Delete
    3. alhamdulillah, makin okay. walaubagaimana pun seperti biasa, masih perlu kawal stress dan pemakanan.

      Delete
  2. rupanya nama dia rumput beijing, mai mana lak nak siti khadijah tu... akak membesar dgn rumput ni, slu duk main atas rumput ni... syok tu.... main polis2 masak2,,,, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumput ni lain sikit daripada rumput biasa.. daun lebih besar pastu ada bunga yg saiz lagi besar drpd rumput biasa. ..

      Delete
  3. rumput beijing namanya ya..blh share dgn rakan lah sbb dia ada psoriasis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya nama lainnya rumput siti khadijah ... alhamdulillah..

      Delete
  4. Bagus info ni. Boleh saya share pada seorang kawan yang ada psoriasis. Moga usaha awak berhasil ya.

    ReplyDelete
  5. Kalau tak baca entry ni, tak tahu (tak ambil tahu sebenarnya) pun adanya nama rumput ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post