7 Makanan Kurangkan Kolestrol



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam bdan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolestrol dalam darah dieproleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolestrol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolestrol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolestrol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolestrol VLDL dalam darah, dikenali sebagai kolestrol 'jahat' manakala kolestrol HDL dikenali sebagai kolestrol baik.


7 MAKANAN KURANGKAN KOLESTROL


1. Buah Kering
  • Buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
  • Mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Flavanoid juga terdapat dalam brokoli, tomato, bawang dan buah delima


2. Epal
  • Makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolestrol dalam badan
  • Memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak


3. Ikan Tuna
  • Sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
  • Melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL


4. Kacang Tanah
  • Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
  • Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung


5. Buah Mangga
  • Kaya Vitamin C
  • Vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
  • Selain buah mangga, buah lain ialah belimbing, kedondong, betik,rambutan,strawberi dan kiwi


6. Kismis
  • Mengandungi sebatian yng mampu menurunkan kolestrol
  • Amalan diet 400 kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8 peratus


7. Jambu Batu
  • Disyorkan makan buah jambu dalam jumlah 400 gram atau iji sehari selama empat minggu
  • Dapat menurunkan paras kolestrol sebanyak 18.8% peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan

In shaa Allah , jika dizinkan-Nya anda akan mampu menurunkan peratus kolestrol di dalam badan dan juga dapat menyihatkan tubuh badan anda. Kita perlulah titikberatka kesihatan badan kita supaya kita dapat melakukan kerja-kerja dengan sempurna dan juga dapat bersama dengan keluarga.


8 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.