Dato Sri Siti Nurhaliza Rakam Lagu Baru - Anta Permana



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Beberapa hari yang lalu iaitu lebih kurang seminggu yang lalu, penyanyi no 1 Malaysia, Dato Sri Siti Nurhaliza Tarudin telah merakamkan sebuah lagu yang dicipta oleh Hael Husaini dan Ezra Kong. Merupakan sebuah naskhah terbaru yang akan diberikan kepada semua peminat beliau yang berada di seluruh pelusuk Malaysia dan juga nusantara.


Sesuatu yang baru daripada @ctdk akan datang selepas ini. Gandingan @ezrakong dan @haelhusaini menghasilkan buah tangan terbaru @ctdk berjudul Anta Permana, perkataan Melayu Lama bermaksud ‘tidak terkira’. Nantikan kemunculan single ini pada minggu ketiga bulan September nanti.

Untuk pengetahuan semua, single paling akhir yang dikeluarkan beliau adalah lagu Cinta Syurga dendangan bersama Khai Bahar yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan yang lalu. Alhamdulillah , setelah selesai berpantang dan juga Siti Aafiyah sudah agak besar , beliau kembali aktif di persada seni negara.

Sumber : Instagram CTDK

4 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.