Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baru - baru ini , aku dan keluarga berpeluang untuk melawat kawasan kebun atau agrofarm yang terletak di Desaku , Kulim, Kedah. Untuk pengetahuan semua, Desaku ini terletak bersebelahan Lebuhraya Timur Barat iaitu jika anda melalui Lebuhraya Kulim Butterworth (BKE) menghala ke Kulim , dan meneruskan perjalanan ke Baling misalnya, anda akan nampak satu kawasan yang cantik di sebelah tepinya. 

Desaku ini merupakan kawasan perumahan yang penuh dengan pelbagai tarikan, contohnya taman mengikut tema, kawasan pertanian , dewan yang begitu besar dan sebagainya. Beberapa tahun sebelum ini , kawasan ini hanyalah sebuah perumahan yang terbengkalai.

Untuk pengetahuan lagi, berhadapan dengan Desaku ini adalah taman perumahan rumah aku iaitu Taman Desa Aman. Jadi, boleh dikatakan sangat dekat Desaku dan rumah aku. Disebabkan sangat dekat, jadi aku dan keluarga mengambil keputusan untuk melawat kawasan pertanian atau kebun ini dengan lebih dekat walaupun masih belum siap sepenuhnya.


Jom tengok antara gambar-gambar yang aku sempat ambil di kawasan ini.

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah

Di sepanjang jalan masuk , anda akan nampak begitu banyak pokok yang ditanam berjuntai ke bahagian atas bumbung kawasan jalan kaki.

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Pokok buah Tin


Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Kelihatan buah yang begitu banyak. Aku sendiri tak tahu nama pokok dan buah ini.


Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Pokok bendi

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Nampak tak buah yang terjuntai itu buah apa?

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Pokok cili


Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Boleh nampak di bahagian belakang , bahagian yang belum siap. Dipercayai ianya adalah taman rama-rama dan juga burung.

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah


Pokok  anggur! Aku paling teruja bila berada di kawasan ini. Sebab boleh lihat buah anggur dengan lebih dekat! Tak perlu lagi nak ke tempat lain yang jauh dan sebagainya!



Macam nak petik je buah labu tu!

Antara pokok yang ditanam di bahagian tengah kawasan


Pokok tomato! Pertama kali dapat lihat depan mata!

Kawasan yang masih kosong, in shaa Allah di masa hadapan bila dah siap , akan lebih ramai orang yang akan kunjungi taman ini.

Cantik kan? Buah betul tau tu!






Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah

Salad! Nampak sangat sedap sebab aku paling suka salad!

Melawat Kawasan Pertanian di Desaku, Kulim, Kedah
Pokok peria

Laluan yang masih kosong tanpa orang ramai

Sebenarnya ada beberapa bahagian lagi yang belum dijelajahi tetapi disebabkan cuaca yang agak panas dan ketiak masing-masing sudah berpeluh , jadi kami beransur pulang. Aku masih lagi terfikir bagaimana pokok-pokok yang memerlukan cuaca sejuk untuk hidup boleh tumbuh subur di kawasan ini.

Aku sangat teruja bila mana tempat untuk beriadah bersama keluarga berada begitu dekat dan senang untuk dilawati.

Kepada yang nak lawat kawasan ini , boleh cari Desaku di Kulim , Kedah

Sekian

5 comments:

  1. Subhanallah.... subur2nya tanaman.... best tgk anggur tu rasa nak petik makan jer... x sia2 berbudi pada tanah

    ReplyDelete
  2. eh yang dekat kulim tak kewujudan kawasan ni nanti boleh pergi singgah hihhi tq aerilll sharing

    ReplyDelete
  3. Tak berkesempatan lagi nak berkunjung ke sini...

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.