Kisah Disantau Berkali-Kali



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Aku nak cerita pasal santau yang pernah aku alami. Yes babe, menanggung sakit santau ni sangat sakit dan boleh bawa mati. Perkongsian ini bukan untuk menakutkan mana-mana pihak, tapi untuk berkongsi sedikit pengalaman dan perasaan aku bila diri sendiri setepek kena santau org ni.

Pertama, aku pernah santau semasa berusia 19 tahun. Masa ni aku dapat sambung belajar ke sebuah ipta. Macam mana aku tahu aku kena santau? Masa sem 1 tiada apa yang berlaku, tetapi masuk je sem seterusnya ada benda-2 pelik berlaku kat diri aku. Aku susah tidur malam, selepas pukul 12 badan aku segar gila macam lepas mandi bunga. Setiap malam aku akan mimpi benda yang pelik-2 dan mengerikan sampai aku tak boleh nak tidur malam sebab aku akan mimpi yg bukan-2. Setiap malam jugak, aku terasa macam ada org perhati aku dari belakang. Terasa mcm seolah-olah ada ‘benda’ yang mengikut.


Selepas seminggu berlarutan, badan aku sakit-2. Dan jugak terasa berat kat kepala. Setiap kali aku bukak buku je, mesti sakit kepala raca mcm ada org pijak kepala kau. Aku pernah sekali, disebabkan terlalu sakit kepala, aku terpaksa hentak kepala ke dinding sebab tak tahan menanggung sakit. Setiap malam, setiap kali aku tuntut ilmu, setiap kali tulah sakit. Dan paling ketara yg aku nampak, setiap kali azan badan aku akan demam dan sakit kat bahagian pinggang punggung umpama mcm ada org cucuk-2.

Secara tidak langsung, emosi aku amat-2 terganggu. Rasa nak bunuh orang je lagi-2 orang yang mengaji al-quran sebelah aku. Makan terabai dan pernah sampai tahap aku rasa aku nak makan darah. Masa tu memang aku tak kisah pasal belajar. Otak aku kosong. Takpaham langsung sampai nama aku pon hampir aku tak ingat. Sampai tahap mcm tu sekali aku kena. Aku sentiasa mengadu kat family aku pasal keadaan aku & family aku suruh balik waktu cuti (berubat) midsem sebab takut makin teruk.

Masa aku otw nak pergi berubat, aku rasa nak lompat dari kereta, jiwa tak keruan, nak nangis, nak meraung. Tapi ibu aku tahan, bukakkan ayat al-quran. Sampai je rumah pakcik tu, aku dah menangis teresak-2, aku nak balik. Badan aku sakit-2, rasa mcm ada org pijak badan aku. Pakcik terus cakap “Parah dah anak awak ni ”

Masa berubat tu aku tak ingat apa dah. Lepas siap berubat, pakcik tu tunjuk ada 3 paku besar yg keluar dari badan aku ( pinggang, punggung, hati) dan selama ni aku sakit kepala sebab ada ‘benda’ yg hantar kat kepala aku. Dan benda tu dia letak dalam botol dan aku blh nampak muka ngeri benda alah tuu. Allah, rasa nak gugur jantung aku.

Pakcik tu kata kat aku, ada yg dengki dgn aku. Tak bagi aku belajar, cemburu dgn kehidupan aku. Sbb tu dia pakukan kat badan aku.

Aku juga pernah kena santau melalui makanan. Pakcik tu kata, tuan kedai tu tersalah santau aku, patutnya org lain tapi aku kena. Yg ni kesihatan mmg teruk. Aku batuk tak berhenti, bila azan je makin teruk aku batuk. Bila berubat je, aku batuk then muntah keluar rambut sehelai, darah dan lendir setompok kaler hitam.

Aku cuma nak cakap, berhati-hati dgn org skrg ni. Dia mungkin nampak baik, tapi hati dia siapa tahu. Dia mungkin nampak pendiam tapi berbisa beb. Berhati-2 bila post gambar di media sosial. Elakkan utk post gambar penuh (kepala-kaki) sbb dari situ pon org blh je nak santau kau bila-2 masa. Sbb kisah benar, makcik kawan aku meninggal sbb santau. Punca sbb cemburu dgn arwah, guna gambar di fb utk santau.

Berhati-hati guys. Mohon perlindungan dari Allah. Dan cepat-2 berubat kalau rasa lain mcm. Sbb santau mmg membinasakan & org akan buat sampai mati mati !


Sumber : IIUM Confession

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post