RUU Cukai Perkhidmatan 2018 lulus!



Assalamualaikum dan salam sejahtera



KUALA LUMPUR:

Persidangan Dewan Rakyat semalam meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Perkhidmatan 2018 tanpa sebarang pindaan menerusi suara majoriti. RUU itu sebahagian daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan pada September ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam penggulungannya menjelaskan kerajaan tidak dapat menjamin tidak ada kenaikan harga barang selepas sistem percukaian baru dilaksanakan. Bagaimanapun, beliau percaya kesannya hanya separuh sahaja daripada akibat pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

"Saya nak tegaskan di sini, pihak kami (Kementerian Kewangan) tidak pernah memberi jaminan bahawa harga barangan tidak akan naik. 

"Tetapi sekiranya naik, impaknya separuh daripada impak GST. Bagaimanapun, kita akan cuba (sebaik) yang boleh," ujarnya. 

Semalam, Dewan Rakyat meluluskan RUU Cukai Jualan 2015. RUU melibatkan kedua-dua cukai itu akan dibentangkan di Dewan Negara pada mesyuarat kali ini. Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa SST tidak akan dikenakan terhadap projek pembangunan kerajaan. Ia sekaligus akan menjimatkan enam peratus perbelanjaan kerajaan.

Sekian

Sumber : Astro Awani

8 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.