Badminton : Goh V Shem dan Tan Wee Kiong Juara Thailand Masters 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sekali lagi khabar gembira daripada Thailand apabila beregu lelaki no 1 tanah air, Goh V Shem / Tan Wee Kiong berjaya menjuarai kejohanan Princesss Sirivannavari Thailand Masters 2019. Ini merupakan kejuaraan mereka yang pertama setelah bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Di final, Goh V Shem / Tan Wee Kiong berhadapan dengan beregu Taipei, Lu CHing Yao / Yang Po Han, 21 - 13 / 21 - 17. Alhamdulillah, ternyata prestasi mereka semakin baik setelah keluar daripada BAM [ Badminton Association Malaysia ] pada bulan lalu. 

Prestasi mereka yang tidak menentu sehingga menyebabkan mereka kemarau juara beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan ramai peminat Badminton tanah air tertanya-tanya apakah yang terjadi? Alhamdulillah. Semoga selepas ini lebih banyak kejuaraan dapat dikecap oleh beregu ini.

Sekian



2 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.