Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang | Artikel kali ini adalah mengenai pengalaman aku membuat passport di Hentian Kajang, Selangor. Ini merupakan kali pertama aku membuat passport kerana baru-baru ini aku ada melancong ke Singapura. [ Nantikan entri berkenaan trip tersebut. ]

Sebelum buat passport di Hentian Kajang, aku ada jugak buat carian di Google berkenaan tempat buat passport yang cepat. Kawan aku cadangkan untuk buat dekat UTC, tapi UTC macam jauh pualk dari rumah aku dengan Bandar Teknologi Kajang tu. Pejabat Imigresen yang terdekat adalah Hentian Kajang.

Banyak jugak aku jumpa kisah yang datang seawal 5 pagi beratur dekat Pejabat Imigresen tu untuk dapatkan no giliran. Kononnya setiap hari ada kuota beberapa nombor sahaja untuk buat passport. Ada jugak yang kata dekat Putrajaya cepat, tapi macam jauh jugak dari rumah. 

PERGI KE HENTIAN KAJANG

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Aku gerak dari rumah ke Hentian Kajang seawal 6.30 pagi. Parking motor dekat dengan restoran mamak. Lepas tu, terus naik ke bangunan Hentian Kajang tu. Tercari-cari jugaklah Pejabat Imigresen tu.

Sesampai ja aku dekat situ, terus nampak ada orang yang dah beratur. Pejabat Imigresennya  bukak jam 7.30 pagi. Aku pun terus beratur. Dekat depan aku ada dalam 9 orang macam tu. Disebabkan aku dapat agak yang mungkin waktu menunggu agak lama, aku bawak satu novel fixi di dalam beg. Novel Fixi Manuskrip


Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang
Beberapa minit lepas tu, dah makin ramai yang beratur!

KAUNTER NOMBOR GILIRAN

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Lepas sahaja pejabat imigresen ini dibuka pada jam 7.30 pagi, tempat pertama adalah kaunter nombor giliran. Ada seorang pegawai dekat situ yang tanya dan akan beri nombor giliran. Disebabkan aku kali pertama, jadi aku perlu sediakan salinan kad pengenalan. Nasib baik aku ada buat carian di Google malam sebelum tu. Alhamdulillah, aku dah bersedia.

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Angka giliran aku adalah 1010 iaitu orang yang ke 10. 


KAUNTER BUAT PASSPORT

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Lepas dapat nombor giliran, aku terus membaca novel beberapa minit, lepas tu nombor giliran aku dipanggil. Dekat kaunter tu lah aku kena bagi salinan kad pengenalan. Lepas tu tangkap gambar dekat kaunter tu jugak. Gambar dalam passport kita nanti.

Tapi macam biasa, gambar dalam kad pengenalan dengan dalam passport lah gambar aku yang paling buruk. Haha.

KAUNTER BAYAR

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Makin ramai pulak orang! Lepas dah tangkap gambar apa semua tu, nanti kena tunggu pulak untuk nombor giliran dipanggil untuk bayaran. Untuk buat passport kali pertama, aku kena bayar RM200 untuk lima tahun. Nasib baik dah ada duit RM200 tu dah.

Lepas tu akan dapat resit rasmi asal, tapi belum dapat lagi passport anda ya! Kena tunggu pulak.

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang


Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang
Suasana di pejabat imigresen

KAUNTER AMBIL PASSPORT

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Lepas beberapa minit, dalam beratus jugaklah novel Manuskrip tu aku dapat baca [ aku baca novel laju ya ], akhirnya nombor aku dipanggil untuk ambil passport aku yang dah siap!

Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang
Tada!!


WAKTU OPERASI PEJABAT IMIGRESEN
Pengalaman Buat Passport di Hentian Kajang

Jadi sekian sahaja pengalaman aku membuat passport di Hentian Kajang. Taklah lama sangat waktu yang diambil. 6.30 pagi aku sampai dekat Hentian Kajang, 7.30 pagi Pejabat Imigresen buka, 9.30 pagi passport dah siap! 3 jam sahaja, tapi aku tak rasa sangat lama sebab aku bawak novel untuk baca. Semoga bermanfaat.

Sekian

5 comments:

  1. kadang stress ja tengok tempat camni. mungkin kak banyak sangat tengok movie kot. haha

    ReplyDelete
  2. imigresen pertama saya buat passport 12 tahun yang lalu. service mereka terbaik, layanan cukup mesra.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.