"My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya." - Isma Yusoof



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Nama pengarah dan pelakon Isma Yusoof kembali menjadi sebutan apabila memuat naik sekeping foto kaki bertatu.Tidak menafikan foto itu milik individu lain, gambar yang dimuat naik sejak beberapa hari lalu menjadi bualan ramai malah ada yang menegur tindakannya.






"My first tatoo. Ya Allah rasa hidop bila bertatu ni rupanya. Thanks Alif. Thanks Pasar Gelap," tulisnya pada entri terbabit.
  
Malah, pelakon yang pernah popular dengan drama bersiri Dunia Baru itu punyai jawapan sendiri setiap kali diasak pelbagai soalan daripada pengguna media sosial.



"Makin ramai mengata makin cantik plak kita. Teruskan menghina!" tulisnya dalam entri terbaharu berserta tanda pagar #akubertatookauyangsakit.
  
Isma turut menjawab beberapa soalan sensitif berhubung agama dan punca dia mencacah tatu.

"Dalam IC Islam. Jiwa tauhid percaya satu Tuhan. Duit dan manusia saya tak sembah," jawab Isma.


Disamping teguran dan nasihat, masih ada juga segelintir netizen yang mendoakan Isma agar kembali menjadi dirinya sepertimana suatu ketika dahulu.Isma yang kini menetap di Pulau Langkawi pernah terpalit kontroversi menampak seorang pelakon wanita sekitar tahun 2015.

Sumber : Astro Gempak

Sekian

3 comments:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.