Review Filem : Bumblebee (2018)



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Bumblebee merupakan sebuah filem 2018, filem bergenre sains fiksyen dan aksi dan kisahnya adalah sebahagian daripada Transformer. Filem ini diarahkan oleh Travis Knight dan dibintangi oleh beberapa pelakon handalan Hollywood seperti Hailee Steinfeld, John Cena, Jorge Lendeborg Jr., John Ortiz dan lain-lain.

Filem ini merupakan filem tentang Transformer pertama yang tidak diarahkan oleh Michael Bay walaupun untuk filem Bumblebee ini beliau masih bertindak sebagai penerbit.

Ditayangkan pada 03 Disember 2018 di Berlin dan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 2018. Filem ini telah menerima kutipan sebanyak USD $364.8 bilion untuk seluruh dunia dan menerima pelbagai kritikan positif daripada pengkritik dan peminat filem Transformer.

Sumber : Wikipedia
Ulasan : 

Filem ini bagi aku adalah salah satu yang terbaik daripada kesemua filem Transformer yang pernah ada. Kenapa? Sebab aku rasa filem ini mempunyai pelbagai elemen berbeza daripada filem Transformer terdahulu yang kelihatan semakin klisye.

Apa yang membuatkan aku suka dengan filem ini adalah dengan vibe tahun 1980-an. Lakonan bersahaja Hailee Steinfeld sememangnya patut dipuji.



Bahagian yang aku tak suka adalah beberapa plot di awal filem yang mana membuatkan rakan aku di sebelah tidur! Tetapi aku tidak tidur sebab aku sememangnya akan menonton dari awal sehingga ke habis meskinpun filem itu teruk. [ Contohnya filem Cicakman 3]




Selain itu, aku lebih suka pengakhiran yang berbeza. Aku tak suka bila mana mereka terpaksa berpisah. Tetapi disebabkan filem ini adalah prekuel bagi filem Transformer, jadi aku faham bahawa plot selepasnya telah diketahui dan tidak boleh diubah.

Secara keseluruhan, aku beri 3 bintang daripada 5 bintang.

Sekian.

4 comments:

  1. Saya da tengok movie ni. memang best dan bumblebee memang nampak comel kat sini :D

    follow yang ke #2548

    http://www.imaginasiklasik.com/2019/01/5-tips-kebiasaan-dalam-rutin-harian.html

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.