Makan di Nandos, Queensbay Mall, Penang



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hai semua, apa khabar? Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku makan Nandos bersama keluarga di Queensbay Mall, Pulau Pinang. Ini merupakan kali pertama aku makan Nandos bersama keluarga manakal untuk diri sendiri, ini merupakan kali ke 5.

Jadi, disebabkan kami makan beramai-ramai, jadi kami memilih makanan secara set. Set yang dipilih adalah set Smoky PERi-PERi untuk 4 orang iaitu 4 sides, 4 bottomless soft drinks dan juga Salted Caramel Cake Bites. Disebabkan kami ada 5 orang, jadi satu lagi set berasingan untuk seorang makan dipilih dan diorder.

Smoky PERi-PERi Chicken




Apa yang aku suka di Nandos adalah dengan konsep bottomless drinks! Cara mudah untuk cepat rasa kenyang adalah dengan meminta seberapa banyak air yang anda mahukan. Hahaha. Mengenai menu pula, aku rasa ianya sesuai untuk keluarga lain tetapi tidak untuk keluarga aku.

Pertama adalah kerana keluarga aku jenis makan banyak. 4 sides sahaja tidak cukup untuk semua orang. Setidak-tidaknya perlukan 4 sides untuk setiap orang, bermakna 20 sides diperlukan. Jadi, sememangnya untuk set ini,ianya tidak sesuai untuk keluarga aku. Mungkin perlu order set asing-asing iaitu sendiri-sendiri sahaja.


Menu yang paling sedap pilihan keluarga adalah Salted Caramel Cake. Itu adalah juara bagi makanan tersedap pada hari itu. Bagi pilihan sendiri pula, aku lebih suka pada smoky PERi-PERi chicken. Rasanya yang sedap dan juga penus jus membuatkan aku terbayang-bayang sehingga kini. In shaa Allah jika aku ke Nandos kelak, aku akan order ayam yang sama.


Kami sekeluarga ke restoran Nandos ketika cuti sekolah, bermakna ribuan umat manusia berada di pusat beli belah tersebut. Pada mulanya kami perlu beratur untuk makan di restoran tersebut kerana semua mejanya penuh. Alhamdulillah, tidak sampai 5 minit beratur, akhirnya dipanggil oleh pelayan untuk masuk dan duduk di meja yang baru sahaja dikosongkan.

Ianya pengalaman pertama buat keluarga aku untuk makan di restoran ini, iaitu merasai budaya dan juga cara restoran ini. Ianya berbeza berbanding restoran-restoran lain yang pernah dilawati. Mungkin selepas ini aku akan bawa mereka lagi ke restoran Nandos dan memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih apa sahaja menu yang diinginkan, itupun apabila aku kaya raya kelak.

Sekian.

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post