Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Baiklah, ini merupakan artikel sambungan kepada artikel Cara Memohon Untuk Melanjutkan Pengajian MASTER di UM. Pastinya semua yang sedang mencari maklumat mengenai proses untuk melanjutkan pengajian di tahap sarjana ini tertanya-tanya dan masih mencari maklumat di google. Disebabkan tidak ada banyak maklumat yang boleh dibaca, penulsi merasakan ianya satu inisiatif yang baik untuk penulis menceritakan proses-prosesnya.

.......................................

Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM 

1. Medical Checkup

Pastinya mana-mana tempat pun semua pelajarnya diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum boleh mendaftar pengajian. Seperti juga di Universiti Malaya, pelajar diwajibkan membuat pemeriksaan kesihatan.

Tips yang penulis boleh berikan adalah dengan membuat pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan. Hanya perlu membayar RM20 sahaja untuk pemeriksaan ini termasuklah pemeriksaan X-Ray dan air kencing. Murah dan jimat. Kena tunggu lama? Tak semestinya. Datang awal, dan susun jadual anda, pasti mudah sahaja.

Untuk anda yang berkemampuan bolehlah melakukan pemeriksaan di klinik swasta. Ianya lebih cepat walaupun harga agak tinggi. Pilihan di tangan anda. 

...............................................................

2. Pengesahan Dokumen

Ini adalah salah satu perkara wajib iaitu menyediakan dokumen asal dan salinan. Dokumen salinan itu perlu disahkan ya! 

Sijil Asal dan Salinan
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Ijazah Sarjana Muda
  • Transkrip Ijazah Sarjana Muda
  • Sijil SPM
Selain itu, anda juga perlu menyediakan surat tawaran, borang online application anda.

...............................................................
3. Gambar Passport


Antara komponen penting adalah gambar ya. Gambar berukuran saiz passport yang akan digunakan untuk laporan kesihatan (medical check up) dan juga borang permohonan kad pelajar.

...............................................................

4. Pembayaran Yuran

First of all, pembayaran WAJIB dibuat sebelum pendaftaran. Kalau tak bayar, tak boleh daftar. Itulah peraturannya. Ada kawan penulis yang tak dapat nak daftar sebab tak bayar yuran, jadi dia kena balik dan bayar dulu yuran, baru boleh daftar.

Soalan : Macam mana nak tahu jumlah yuran?

1. Semak Anggaran Yuran 
[ http://myum.um.edu.my/mainpage.php?module=feecalc&flg=2 ]

Laman Web
  • Pilih services, kemudian finance, fee calculator, pilih Prospective Students, masukkan nombor kad pengenalan dan akhir sekali pilih Intake.
  • Kemudian, masukkan jumlah kredit hour yang akan anda ambil untuk semester tersebut.
  • Cetak maklumat tersebut dan perlu dibawa sewaktu mendaftar.

Soalan : Macam mana nak bayar yuran?

1. Pembayaran Yuran

Okay, anda sudah tahu berapa banyak RM yang perlu dibayar untuk yuran pengajian anda. Jadi, seterusnya bayar jumlah tersebut dengan menggunakan dua jenis pembayaran yang tersedia. 
  • Internet Banking :- CIMB Click & BIMB sahaja.
  • Bil kaunter :- Tunai Sahaja [ Kaunter Bank Islam sahaja ]
...............................................................


5. Permohonan PTPTN/BIASISWA

Untuk mereka yang mempunyai masalah kewangan dan memerlukan Pinjaman PTPTN, anda bolehlah membuat permohonan sebelum mendaftar. Penulis sendiri masih meminjam PTPTN untuk pengajian postgraduate ini. 

Anda perlu check tarikh tutup permohonan PTPTN sebelum tarikh pendaftaran pengajian anda. Jangan risau, jika anda tidak sempat untuk ambilan pertama, masih ada ambilan kedua. Permohonan PTPTN sekarang juga sudah mudah, untuk membeli no pin hanya menggunakan online payment sahaja.

Untuk biasiswa pula, penulis tidak berapa pasti kerana ada banyak biasiswa mengikut pengajian dan bidang anda. Maaf ya sebab penulis kurang sedikit di bahagian biasiswa.

...................................................

[ Bahagian 3 : Proses Pendaftaran Pengajian MASTER di UM ]

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Info yang Beeha tengah tercari-cari sekarang. Thank you for this update! ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post