Review Novel Fixi : Enak oleh Nuril Basri



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Enak
Penulis : Nuril Basri
Keluaran : April 2016

Sinopsis


Ratu percaya dirinya gemuk. Ratu percaya dirinya bodoh. Jadi dia tidak percaya dirinya akan menemui cinta; itu semua kan dongeng!

Naun dia terkejut. Cinta datang dalam bentuk Hans, pemuda kacak persis artis Korea. Tetapi takdir Ratu bernikah dengan Inugraha, lelaki yang disangka tukang ojek. Hans memperlakukan dia seperti ATM bergerak. Inugraha melayaninya dengan sabar walaupun Ratu tidak pernah menganggapnya seorang suami.

Ratu kini dipersimpangan. Tapi dia harap semuanya akan baik-baik saja; dia kan seorang gadis Jakarta yang cekal!




via GIPHY


Review :


First off all, kulit depan novel ini sangat cantik! Ya, first impression itu sangat penting. Jadi, daripada muka hadapan sahaja dapat menarik minat untuk memegang sesebuah buku, kemudian membaca sinopsis pendek di bahagian belakang.

Second off all, watak utama bagi aku seorang yang sangat annoying. Sebab perangainya yang kononnya berasakan dirinya gempal. Lepas tu, tiada keyakinan diri. Cuma aku rasa ianya sesuatu yang bagus kerana untuk pertama kalinya aku tak suka watak utama. Haha. Untuk watak lain, aku sebenarnya dah boleh agak Inugraha tu macam mana sebenarnya. Tapi aku diam sahaja dan akhirnya terbukti di penghujung cerita. 

Plot tentang kekasih upahan itu aku rasa bagaikan sesuatu yang klisye tetapi disebabkan ini novel Fixi, tiada yang klisye kerana ada plot twist. Jadi, aku masih dapat menerima konsep kekasih upahan itu.

Plot twist di dalam novel ini bagi aku sesuatu yang sangat bombastik! Tak pernah dijangka oleh sesiapa. Nak tahu apa plot twistnya? Beli novel ini dan baca ya! Pasti anda semua ternganga mulut juga. Aku rasa sejak aku baca novel ini dan novel terdahulu oleh penulis sama, Sunyi, aku mula menjadi peminat penulisan beliau sebab semuanya menarik minat aku untuk membaca. In shaa Allah aku akan menyokong penulis ini.

Sekian.



28 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Huhu fixi punya plot twist memang daebak! Kena cari ni sebab rasa membuak-buat plak nak tau ending dia hehe

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak baca novel. Rasanya last pegang novel ni waktu spm. Sekarang dah umur 34 tahun. Baca plot macam menarik. Banyak main emosi. InsyaAllah, kena cari dan baca jugak nampak gayanya

    ReplyDelete
  3. ni macam pengalaman wanita malaysia je hehe. selalu rasakan dirinya gemuk , walhal naik 1 kg. opss. gurau je.
    tak minat baca novel, tapi tengok jalan cerita yang ni macam seronok juga jalan ceritanya

    ReplyDelete
  4. bunyi macam cerita indon. huhu. tapi fixi tak pernah kecewa jugak bacanya. berbeza dengan novel dulu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow.. First time tau pasal fixi ni.. Hahaha sbbw awa bukan pecinta novel cmni sgt.. Tp nice la kalau plot dia bombastik.. Buat rasa org nk tau lagi..

      Delete
  5. yes. muka depannya menarik :)
    tajuk pun 'enak'. sgt sesuai dgn muka depan. kreatif. berfikir luar kotak!
    sesungguhnya aida x membaca novel, aerill. lebih suka baca non-fiksyen.
    but, anak sulung aida, minat. boleh suggest pada dia novel fixi ni.
    nampak nyer, dari review, ia novel yg santai. tak berat. tapi citer ada motif dan hala tuju/

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg suka novel fixi ni. sbb elemen2 menarik dalamnya.

      Delete
  6. Tukang ojek tu pertama kali dengar. Penulisnya orang tempatan dengan latar Indonesia ke? Dah lama tak baca novel. Kena peruntukkan masa lah untuk membaca nanti.

    ReplyDelete
  7. Baguslah baca kat sini dapat tahu tentang novel yang kita sendiri memang tak akan baca hehehe wakakaka tengok muka depan novel jer kita dah boleh mengantuk wakakakak sorry lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpe. masing ada benda yang disukai dan tidak disukai, jadi marilah kita meraikan perbezaan ini.

      Delete
  8. menarik juga jalan ceritanya. cover pun cun. lama dah tak baca novel hihi. sesekali nak juga curi masa untuk baca

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  9. Aerill, pestime Ruby jumpa lelaki yang suka baca novel. Selalunya pompuan aje yang suka layan. Nak² novel cinta.

    Mula² baca tajuk, ingat kisah pemakanan ke apa hahaha. Aduii aku ni. Enak je makan.

    Bila baca sinopsisnya. Lain pulak dah. Pandai dia main dengan warna kulit novel tu.

    Annoying jugak dengan si ratu gempal tu ha. 🤣🤣

    ReplyDelete
  10. Macam comel je jalan cerita nie. Rawlins sekarang banyak membaca Buku Prima sebab suka cerita seram hehe. Dulu-dulu pun suka baca Buku Fixi pastu beralih ke novel terbitan Buku Prima.

    ReplyDelete
  11. I have not read a novel for very very long time already… your post kinda remind me it’s time to pick up something to read 😉

    ReplyDelete
  12. dah lama tak baca novel2 macam ni. Jarag lelaki suka baca novel ni, selalunya lelaki.hehehe. Menarik juga cerita novel ni..

    ReplyDelete
  13. mcm best je cerita nya..kawin dengan orang lain, tapi tak suka..adakah last2 di atersuka..gitu

    ReplyDelete
  14. Zaman sy bukanlah novel fixi. Tapi bila first time buku bergenre not bad juga. Susunan ayat kemas sgt membantu menghidupkan cerita sbnrnya

    ReplyDelete
  15. woo macam best je buku ini...nanti bolehla cuba baca ini...kulit novel pun menarik juga..

    ReplyDelete
  16. watak utama selalu macho ke cantik ke tapi ini gemok dan annoying erk.. bagus gak ada buku yang kluar dari kebiasaan tu.

    ReplyDelete
  17. Menariknya ada masa baca novel macam ni. Saya walaupun suka membaca, tapi rasanya macam takde masa nak baca novel. Tapi bila baca review ni rasa macam menarik juga novel ni

    ReplyDelete
  18. Done, tamat sebuah buku :) Sebab da cerita tentang watak utama dan watak antagonis :) Saya tak berapa minat sebenarnya baca buku fixi coz tak tau kenapa tapi still boleh layan :)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post