Review Novel Fixi : Samar oleh Dayang Noor



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tajuk : Samar
Penulis : Dayang Noor
Keluaran : September 2013

Sinopsis


Athirah janda muda yang bakal dijodohkan dengan Syed Ammar, orang kuat ayahnya. Datuk Sahar merancang untuk menjadikan Syed Ammar sebagai pengganti untuk menerajui syarikatnya kerana tidak percayakan anak-anak lelakinya sendiri.

Datin Saedah berkecil hati dengan Datuk Sahar yang telah lama meminggirkannya.

Athirah cuba untuk menerima Syed Ammar tetapi hatinya lebih cenderung kepada Juan, eksekutif muda yang baru bekerja sebagai pembantu khas Syed Ammar.

Kamarul Hisyam dan Amin, anak-anak Datuk Sahar menggunakan pelbagai taktik kotor untuk membuktikan kredibiliti. 

Watak-watak lain termasuk seorang pelacur pertengahan umur dan seorang pembunuh upahan yang licik. Ketika situasi mula meragut nyawa, beberapa rahsia SAMAR keluarga Datuk Sahar terdedah...

Review :

Alhamdulillah, sudah tiba masanya untuk review! Okay. Cerita ni bagi aku secara keseluruhannya aku suka. Secara detail pula, aku suka dengan plot dan jalan ceritanya. Bagaimana setiap watak diceritakan. Plot sangat tersusun. Plot twist semestinya ada dalam novel FIXI ya! 

Okay. Next, bahagian endingnya aku rasa kalau aku yan tulis, mungkin endingnya berbeza sebab aku tak berapa nak suka dengan endingnya. Elemen-elemen thriller juga digarap dengan menarik dan kemas.

Sebahagian besar plot atau situasi atau ceritanya tidak sesuai dibaca oleh orang yang tidak matang dan juga di bawah umur. Awas ya! Yang lain-lain semuanya superb!

Sekian.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post