Makan Nasi Arab di Restoran Nasi Arab, Jalan Reko, Kajang.



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selamat siang semua. Alhamdulillah. Baru-baru ini aku bersama keluarga singgah makan di Restoran Nasi Arab yang terletak di Jalan Reko, Kajang. Apa yang istimewanya di restoran ini? Sudah tentulah nasi arab. Sebenarnya sudah banyak aku makan di restoran nasi arab. Nasi arab di restoran ini bagi aku berapa di ranking atas tetapi bukanlah di tangga pertama dalam ranking nasi arab yang pernah aku makan sebelum-sebelum ini.

menu

Nasi arab yang aku makan adalah seperti dalam gambar yang pertama. Ayamnya sedap dan juga nasinya lazat! Seperti nasi arab yang lain, sememangnya nasi yang digunakan sangat mengenyangkan. Cuma yang aku tak berapa suka adalah sup yang disediakan. Mungkin tidak kena pada selera aku.

menu

Ada juga menu yang berasaskan menu makanan Malaysia jadi kepada yang tak minat makanan nasi arab boleh order makanan lain. Dari segi harga pula bagi aku berpatutan sebab makanan yang lazat pastinya membuatkan kita tidak kisah pada harga. 


Untuk anda yang teringin nak cuba, bolehlah cari Restoran Nasi Arab di Jalan Reko, Kajang. Boleh juga hubungi mereka di nombor dan facebook yang tertera di dalam gambar.

Sekian.

Baca Juga : [ Makan Nasi Arab di Restoran Puji Arabian Delight, Kulim ]

1 comment:

  1. permisi min numpang share ya :)
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^


    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.