10 Selebriti Paling Ramai Follower di Instagram 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Instagram merupakan salah satu media sosial yang paling cepat berkembang dan bertambah bilangan penggunanya. Ramai mempunyai akaun instagram untuk kegunaan peribadi mahupun untuk perniagaan. Di Malaysia, kebanyakan selebriti dan artis mempunyai followers yang sangat tinggi berbanding dengan orang awam. Cara paling cepat untuk menambahkan pengikut adalah dengan membeli follower.

Pada tahun 2016, selebriti yang paling ramai pengikut dan followernya adalah Nora Danish dengan 3.2m pengikut. Setelah beberapa tahun berlalu, pada tahun 2019 siapakah pula yang bertakhta di tangga teratas? Jom kita lihat. Untuk pengetahuan anda semua, untuk kedudukan 10 ini adalah berdasarkan jumlah pengikut pada 27 Jun 2019.



10. ELFIRA LOY @elfiraloy 4.6m




Elfira Loy memulakan aktiviti lakonannya sejak berumur 12 tahun dan beliau merupakan duta bagi beberapa jenama termasuklah Maybelline, Motosikal Honda, Sunway Lagoon dan banyak lagi. 


9. NUR FAZURA @missfazura 4.7m





Nur Fazura atau lebih dikenali dengan nama Fazura merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan juga usahawan yang berjaya. 


8. MIRA FILZAH @mfmirafilzah 4.8m





Mira Filzah merupakan seorang pelakon, model, pengacara dan usahawan, mengasaskan MF Shawls pada tahun 2017.








7. JANNA NICK @jannanick 4.8m






Janna Nick merupakan seorang pelakon dan penyanyi berumur 24 tahun. Karier lakonan Janna Nick bermula pada tahun 2012 manakala nyanyian pula pada tahun 2016. 


6. SCHA ALYAHYA @schaalyahya 4.9m





Scha Alyahya merupakan seorang model, pelakon dan juga pengacara. Scha sebelum ini pernah menyertai Air Asia sebagai seorang pramugari dan berhenti setelah menyertai dunia seni hiburan tanah air. 


5. HANIS ZALIKHA @haniszalikha 5m






Hanis Zalikha mula dikenali melalui dunia blogger. Kemudian, Hanis Zalikha menceburi bidang permodelan dan juga lakonan. Hanis Zalikha pernah tercalon dalam kategori Most Influential Blog Award 2011. 


4. NORA DANISH @noradanish 6m






Nora Danish merupakan seorang pelakon, model dan juga pengacara. 


3. ZIZAN RAZAK @zizanrazak869 6.3m





Zizan Razak merupakan salah seorang pelawak tersohor tanah air. Selain pelawak, Zizan juga dikenali sebagai pengacara, pelakon dan juga penyanyi.


2. NOOR NEELOFA MOHD NOOR @neelofa 6.3m






Ditempat kedua adalah Neelofa. Neelofa merupakan pelakon,pengacara, model dan juga usahawan yang berjaya. Neelofa merupakan pengasas bagi jenama tudung Naelofar Hijab. 


1. SITI NURHALIZA TARUDIN @ctdk 6.4m




Di tangga teratas adalah penyanyi No 1 Malaysia dan Voice of Asia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Beliau merupakan seorang penyanyi, penerbit muzik dan juga usahawan yang berjaya. Selain itu, beliau juga telah menerima lebih daripada 300 anugerah dari luar dan dalam negara. 



Mempunyai pengikut yang ramai bermakna tanggungjawab anda juga adalah berat. Kenapa? Sebab setiap yang dikongsikan pastinya akan di judge oleh netizen. 10 tahun lagi, siapakah yang akan berada diatas? Mungkinkah anda? Amin. In shaa Allah.

Sekian.



Sumber: https://blog.silvermouse.com.my | Instagram

8 comments:

  1. ofcourse laaaaaa retis kesayangan den Siti Nurhaliza! hahaha.

    Zizan Razak sorang je laki among selebriti yang lain. perghh.

    jemput join segmen blog http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html :)

    ReplyDelete
  2. Saya follow Neelofa jerr.. Haha semua perempuan, Zizan je laki 😅😅😅

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.