Review Filem : Spider-Man : Far From Home (2019) | Filem Spider-Man Terbaik!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Spider-Man: Far From Home



Pada 3 Julai yang lalu, aku berpeluang untuk menonton sebuah filem Marvel yang sangat dinanti-nantikan pada tahun ini. Filem Spider-Man: Far From Home merupakan filem Marvel Cinematic Universe ke 3 untuk tahun ni. Spider-Man: Far From Home merupakan filem terbaru 2019, diadaptasi daripada komik Marvel. Filem ini merupakan filem sekuel kepada filem Spider-Man: Homecoming (2017) dan juga filem ke 23 bagi Marvel Cinematic Universe (MCU).


Sebagai peminat Marvel Cinematic Universe, aku sememangnya tak akan lepaskan peluang untuk menonton filem yang diterbitkan pada hari pertama tayangan. Ya, sebab aku mengikuti MCU dari awal lagi. Sebenarnya sebelum menonton filem ini, aku ada pelbagai jangkaan tentang bagaimana jalan cerita filem ini akan terjadi. Disebabkan filem ini adalah selepas Avengers: Endgame, jadi ramai yang tertanya-tanya. Okay, jom kita baca ulasan aku tentang filem ini.

Review Filem : Spider-Man: Far From Home



Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa ]

Sinopsis


Filem ini mengisahkan tentang Peter Parker selepas kejadian "blip" dan juga kematian Tony Stark. Untuk menghilangkan rasa sedih serta meluangkan lebih masa bersama rakan-rakan, Peter Parker mengikuti rombongan percutian ke Eropah. Nick Fury merekrut Peter Parker untuk menentang satu kuasa jahat baru iaitu Elementals disertai dengan super hero terbaru iaitu Mysterio atau dengan nama sebenarnya, Quentin Beck.



Spider-Man: Far From Home

Pengarah : Jon Watts
Penerbit : Kevin Feige & Amy Pascal
Lakon Layar : Chris McKenna & Eric Sommers
Adaptasi : Spider-Man oleh Stan Lee & Steve Ditko
Muzik : Michael Giacchino
Syarikat Produksi : Columbia Pictures, Marvel Studios & Pascal Studios.
Bajet : $160 juta
Durasi filem : 129 minit
Tarikh Tayangan : 2 July 2019 (USA) & 3 July 2019 (Malaysia)



ULASAN & REVIEW

PLOT

Untuk jalan cerita filem ini, aku rasa ianya sangatlah tidak terjangka dan boleh aku katakan ianya lebih baik berbanding Spider-Man: Homecoming (2017). Susunan daripada awal sehingga ke akhir, aku rasa ianya sangat tersusun. Juga aku suka bagaimana diceritakan tentang orang awam berhadapan dengan kejadian "blip" iaitu selepas Thanos melakukan "snap" dan separuh daripada makhluk di seluruh dunia hilang.

Review Filem : Spider-Man: Far From Home


Selain itu, aku suka apabila kejahatan Mysterio terserlah di pertengahan filem dan ianya sanagt tidak dijangkakan. Mungkin kepada yang pernah membaca komik sudah mengetahui bahawa Mysterio sememangnya watak orang jahat. Elemen percintaan di dalam filem ini juga kelihatan sangat "real". Kalau di filem sebelum ini, ianya bagi aku kelihatan agak "klisye" tetapi untuk kali ini, Peter Parker dan Michelle Jones sangat sesuai dan "awkward"nya menjadi.



Review Filem : Spider-Man: Far From Home

Aku juga suka bagaimana mereka memperlihatkan bagaimana Mysterio memanipulasikan teknologi dalam melakukan perkara jahat. Dikaitkan dengan Tony Stark dan sebagainya, membuatkan ianya lebih terkait dengan filem-filem terdahulu termasuklah Captain America: Civil War dan juga Iron Man.


WATAK

Tom Holland sememangnya bagi aku Peter Parker dan Spider-Man terbaik antara kesemua pelakon yang pernah menjadi Spider-Man. Setiap lakonan Tom Holland sangatlah hebat, emosi yang ditunjukkan dapat dirasai oleh orang yang menonton. Jake Gyllenhaal juga sangat hebat ya! Salah sorang pelakon Hollywood yang sangat berbakat!

Review Filem : Spider-Man: Far From Home


Watak-watak pembantu juga aku rasa sangat membantu. Kadang-kadang ada watak pembantu yang tidak membantu, dan akhirnya terbuang begitu sahaja sedangkan berpotensi untuk menjadikan filem lebih menarik.

MUZIK

Untuk muzik dalam filem ini aku rasa ianya sedikit kurang berbanding filem sebelum ini. Aku sebenarnya mengharapkan sesuatu yang lebih lagi daripada Michael Giacchino sebab kebiasaannya muzik yang digarap adalah sangat bagus.

Penggunaan lagu Whitney Houston, I Will Always Love You pada awal filem adalah sangat genius!

POST & MID CREDIT

Ada dua ya, credit scene! Ramai selepas yang pertama, terus meninggalkan pawagam, mungkin kerana ada kerja nak dilakukan atau malas nak tunggu. Aku sebagai peminat sudah tentunya tunggu! Untuk yang pertama, aku terkejut dan ternganga mulut! Kerana ianya sanagt tidak dijangka! Munculnya watak J. Jonah Jameson dan dilakonkan oleh orang yang sama iaitu J.K Simmons yang pernah melakonkan watak yang sama dalam filem Spider-Man trilogy Sam Raimi.

Review Filem : Spider-Man: Far From Home


Untuk yang kedua pula , agak terkejut tetapi sudah dijangka kerana  boleh lihat bagaimana Nick Fury kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum-sebelum ini dan akhirnya terbukti bahawa Nick Fury dan Maria Hill bukanlah mereka yang sebenar tetapi adalah Skruls! Sangat genius.


FILEM SPIDER-MAN TERBAIK

Pendapat aku, filem ini sangatlah patut dan wajib digelar filem Spider-Man terbaik setakat ini. Kenapa? Anda boleh baca ulasan aku diatas. Mungkin pendapat kita berbeza, tetapi marilah kita meraikan pendapat kita yang berbeza ini dengan tidak bergaduh dan berbalah pendapat.

Review Filem : Spider-Man: Far From Home





Sumber : Giphy.com | Wikipedia | Google Image


Review Filem : Spider-Man: Far From Home

Aku masuk ke dalam pawagam dari awal sehingga habis, lepas sahaja habis credit scene, ramai yang tinggalkan pawagam. Hmm.. Satu lagi , bila sedang menonton wayang, tak perlu nak terangkan satu persatu babak dekat orang sebelah! Juga mak bapak yang bawak anak kecil tolong kawal anak anda supaya tak dilempang orang lain.

Sekian.

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Baik reviewnya...ni rasa xsbr nk download hehehe

    ReplyDelete
  2. Alaaa alaaa jelesnyaa! Ntah bila nak tengok ntah. Masa Endgame hari tu husband siap ambik cuti nak p tgk. NI xkan nak kena ambik cuti lg kot haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha , takpa bila ada masa terluang bolehlah pergi ya :)

      Delete
  3. Spiderman ni semua dah tengok movienya. Baru ni tak tengok lagi. Movie Spiderman ni pun asyik tukar2 yang jadi Spiderman kan?. Nak kena tengok juga la sebab tinggi rating yang diberikan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk yg ni dah tiga kali bertukar pelakon, tapi bagi saya versi mcu lebih menarik dan best :)

      Delete
  4. setuju ini antara Spiderman yang terbaik. tapi dari segi aksi Andrew bawakan lebih baik. kalau cakap gandingan tom dengan zendaya kalau nak tau dorang memang coouple sebelum filemn ni lagi so keserasian tu dah memang ada hehehe

    ReplyDelete
  5. Endgame tengok pun lambat. Tinggal anak dengan mak kejap, pastu kami laki bini merempit pergi wayang. Takkan spiderman pun nak kena buat cara sama? Geram pulak baca review, rasa macam malam ni juga nak tengok hahaha

    ReplyDelete
  6. Saya suka movie marvel. Spiderman ni salah satunya. Tapi, macam rugi la saya baca review sini. Tak pasal-pasal bocor jalan cerita. Saya nak save untuk diri sendiri. Macam tak tahan nak jugak tau. Akhirnya baca sampai habis. Sampai hati awak... 😭

    ReplyDelete
  7. Tak berkesempatan lagi nak tengok spiderman ni..semalam nak tengok tapi ticket lewat pula..tapi tengok review rata2 kata best.. syoklah dapat jadi yang terawal tengok..

    ReplyDelete
  8. Wow 10/10 wajib tonton ni sbb so far tgok movie spider ni x pernah excited pun..ok weekends ni nk terjah pggung

    ReplyDelete
  9. alaaa belum sempat tengok lagi movie spiderman ni, kalau dah bagi 10/10 wajib pergi jugak nih.. thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Spiderman ni cerita lepas sahaja Ironman matikan hehehehe kita tak tengok lagi movei ni tapi ramai orang cakp best dan terbaik tak tahu lah heheheheh kita nak pergi tonton baca sinopsis tak dapat bayangkan babak dalam cerita ini...

    ReplyDelete
  11. banyak cerita macam ni nad tak tengok lagi..hahaa..marvel avengers pun belum..sedih kan..hahaa..tunggu jela muncul dekt tv..hehee

    ReplyDelete
  12. Rawlins pun setuju. Ini adalah filem terbaik Spiderman setakat ini.
    Kejutan di hujung tu (end credits) memang takleh tahan! Benci kan!

    ReplyDelete
  13. Dah tengok jugakkk Spiderman ni!! Best gila! Hahahaah eee tak puas tak tengok. Rasa takleh brain, rasa dipermainkan tengok movie ni bila masuk part ilusi tu hahah. Tapi best.

    ReplyDelete
  14. Bila baca sinopsis macam menarik je filem ni. Terus rasa nak pi tengok sekrang je movie ni kan. Nak compare dgn filem yang sebelum ni plak.

    ReplyDelete
  15. Esok nak pegi tengok. Thanks bagi review

    ReplyDelete
  16. Tak tengok lagi!!!! Haha. Menariknya review ni. Bertambah2 laaa list movie nak ditonton.

    ReplyDelete
  17. Tak tengok lagi cerita ni. Orang kata cerita ni sedih. Dah lama tak tengok movie dekat wayang semenjak ada anak anak ni. Tunggu masuk tv je hahaha

    ReplyDelete
  18. Wow 10 out of 10 star? That is really a good rating from you. Then again I am on the fence as I am not sure if I should watch this. Kinda sad that Ironman is dead.

    ReplyDelete
  19. Erm.. Bukan sejenis layan movie.
    Haha..
    Sometime tak tahu apa cerita menarik yang masuk pawagam.
    Walaupun orang kata cite spiderman menarik, tak berpeluang nak tengok.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post