Review McDonald Portuguese Chicken Burger



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review McDonald Portuguese Chicken Burger

Baru-baru ini aku mendapat peluang untuk merasai sendiri satu produk baru daripada restoran makanan segera terkenal iaitu McDonald. Sudah banyak kali juga aku nampak iklan dan juga review daripada rakan-rakan berkenaan McDonald Portuguese Chicken Burger. Untuk review kali ini, aku akan ceritakan tentang pendapat peribadi aku mengenai rasa dan juga apa yang menarik tentang produk terbaru ini.

via GIPHY


Sebelum itu, jom kita lihat iklan di laman web McDonald. Boleh dilihat bagaimana burger itu kelihatan di dalam gambar, adakah ianya sama apabila sampai kepada pelanggan?

Review McDonald Portuguese Chicken Burger

Review McDonald Portuguese Chicken Burger


You’ve tasted Korea. But have you gotten a taste of Portugal? Head over to McD and enjoy crispy chicken patty, dipped in spicy and flavourful Portuguese Sauce! Spicy and savoury, with a hint of Nyonya-inspired flavour. Tempted much? Order now to try the NEW Portuguese Chicken Burger today


Daripada ayat untuk promosi, aku dapat simpulkan apabila aku mencuba nanti aku akan merasa crispy chicken patty, dipped in spicy and flavourful Portuguese Sauce & Nyonya-inspired flavour.

via GIPHY



Review

Review McDonald Portuguese Chicken Burger

Okay, sebagai pencinta makanan dan juga ketika itu agak lapar, aku sangatlah meletakkan harapan yang tinggi apda burger ini. Nampak sangat menyelerakan dan sebagainya. Aku nak beritahu bahawa aku tidak tahu bagaimana sebenarnya rasa Portuguese flavour ya.

Review McDonald Portuguese Chicken Burger

Pertama, chicken patty yang aku dapat tidaklah se-crispy mana pun. Mungkin kerana disertakan sekali dengan kuah, yang membuatkan tahap ke-crispy-an berubah atau sebagainya. Walaubagaimanapun masih lagi boleh diterima ya.

Kedua, Portuguese sauce rasanya seakan-akan dengan RENDANG! Pada mulanya aku anggap mungkin hanya pada gigitan pertama, tetapi dari awal hingga habis rasanya sama dengan rendang yang sering di masak ketika hari raya dan sebagainya. Terus membuatkan aku teringat akan suasana hari raya. Haha

Mungkinkah rasa Portuguese itu rasanya rendang? Jadi, aku agak keliru disitu. Mungkinkah ini yang dikatakan rendang crispy?

Review McDonald Portuguese Chicken Burger

Ketiga, untuk portion  bagi burger ini aku rasa okaylah. Secukup rasa untuk setiap bahagian, roti burger, sayur, kuah dan juga ayamnya. Sebenarnya dalam banyak-banyak burger yang ada, aku teringin sangat nak rasa Krabby Patty. Selalu menonton Spongebob Squarepants, terliur tengoknya. Haha

via GIPHY


Secara keseluruhannya, aku rasa burger ini ditahap boleh tahan. Ada banyak lagi burger lain yang aku rasa lebih sedap dan juga rasa yang menepati citarasa aku sebagai seorang pencinta makanan. Mungkin untuk anda, burger ini sesuai dengan citarasa anda. Burger ini juga aku rasa sesuai dihidang ketika perayaan hari raya, kerana ianya menepati tema rendang.

Untuk sesiapa nak cuba burger ini bolehlah ke restoran McDonald terdekat atau boleh sahaja membuat pesanan secara online.

Sekian.



Sumber : Mcdonald | Giphy.com

22 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. aku expect tinggi juga pasal burger ni. tapi kalau rasa rendang, macam spoil sikit je ni haha

    ReplyDelete
  2. Sedap je nampak burger portugal ni. Sos yang ada membasahi petty buatkan orang rasa nak makan. Tambahan air Fanta tu kan. Konpem nak makan sampai tak ingat kira kalori. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah try ya nnti. untuk cita rasa saya ianya ditahap memuaskan :)

      Delete
  3. Tak pernah lagi cuba berger yang ini. Nampak macam menarik dan sedap. Ingat nak cubalah. Terliur dengan sos dia. Nampak mengancam sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba ya nanti. rasanya dalam tempoh masa yang terhad sahaja. :)

      Delete
  4. Tak pernah cuba lagi burger ni. Tak perasan tentang burger ni. Ada la baru2 ni gi McDonald's. Sos rendang. Hmmm macamana la tu...agaknya rasa macam rendang ayam tak?.

    ReplyDelete
  5. Wah... Sekarang ada pulak makanan portugal Kat MCD... McDonald Portuguese Chicken Burger. Tunjuk budak mesti nak. Nampak sedap betul.ala ala flavor mcm rendang mesti sedap

    ReplyDelete
  6. nak cuba tapi sampai ke sudah tak makan padahal tiap minggu pergi mcd. tengok ramai jugak budak youtube buat foodreview pasal burger portugal ni. eh macam rendang je rasa? baik makan GCB lagi sedap

    ReplyDelete
  7. Saya ada baca review dari public. Ramai komen tak sedap. So tak try lagi burger ini.

    ReplyDelete
  8. Saya dah cuba. boleh tahan jugak rasa dia. memang rasa lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  9. Peh nampak sedap. Iklan pon menarik.. Rasa rendang ye kuah dia.. Kena cuba ni.. Pastu kita ramai2 syorkan kat mcd buat resipi ni setiap kali raya. haha.

    ReplyDelete
  10. Macam menarik. Tak tahu pun mcd ada burger baru. Dah lama x ke mcd sebenarnya, hehe. Nanti nam try la.

    ReplyDelete
  11. Hahahah adoi, Portuguese rasa rendang eh? Rasa kelakar pulak baca ayat Aerill tu. Mungkin just bagi nama je camtu kot, maybe memang rempah rendang? Ahaha. Ada dengar jugak pasal burger ni masuk Malaysia tapi belum berkesempatan lagi nak try.

    ReplyDelete
  12. Burger ni tak rasa lagi..belum nak pergi ke Mcd lagi, tapi nak cuba juga, biasalah, burger kat Mcd bila keluar mestilah cuba kannn

    ReplyDelete
  13. Belum pernah lagi cuba, nampak cam menarik so nak cuba jugak supaya tak ketinggalan dan tahu macam mana rasa dia. Kalau sedap boleh le berkali kali makan, kalau tak sedap makna sekali je le..atleast kita dah tahu..hehehe

    ReplyDelete
  14. setiap kali tengok iklan mesti tertanya rasa portugese tu macam mana sebab tak makan makanan portugese. hehe. part rendang crispy tu teringat rancangan masterchef terus. haha

    ReplyDelete
  15. Yummms terliur dah beberapa kali i ate this burger, i like the spicy piri-piri sauce and the chicken pun sedap. Memang best!

    ReplyDelete
  16. Tibe2 rasa terkeliur pulak. Nk kene try ni sbb selalu tgok mcm x nk je. Nk rasa juga la. Thanks share review ni. hehehe

    ReplyDelete
  17. Nampak sedap tapi haritu ada juga terbaca di twitter rasa dia biasa je. Tak sempat lagi nak cuba tapi serius teringin nak rasa mesti unik juga kan rasa dia. Try la ayam mcd yang pedas kaw kaw tu nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post