NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10



Assalamualaikum dan salam sejahtera

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10


Baru-baru ini aku berkesempatan untuk singgah dan merasai satu pengalaman baru di Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pengalaman baru itu adalah melihat bagaimana untuk menghasilkan dan merasai sendiri NESCAFÉ Gold.

Di bawah adalah beberapa gambar yang aku sempat ambil dan ingin kongsikan dengan anda semua.

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Penerangan oleh pihak NESCAFÉ tentang apa itu NESCAFÉ Gold dan juga bagaimana nak menghasilkan sendiri NESCAFÉ Gold dengan menggunakan mesinnya. Penerangan yang diberikan sangat jelas dan senang untuk difahami. 

Selepas itu masing-masing diberikan peluang untuk menggunakan mesin itu dan menghasilkan NESCAFÉ Gold yang diingini.

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Selepas dah hasilkan sendiri coffee anda, seterusnya anda bolehlah hias mengikut kreativiti anda sendiri. Disebabkan aku tak berapa nak kreatif, aku meletakkan kepercayaan pada barista yang ada untuk hasilkan seni coffee ini.


NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Banyak juga sebenarnya bahan yang boleh gunakan untuk membuat seni pada coffee, yang aku tahu sebelum ni, hanyalah minum begitu sahaja haha. Lepas ni bolehlah aku cuba buat seni coffee sendiri di rumah, sebab bahan-bahannya sudah diketahui.

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Ada juga promosi eksklusif : Double The Reward. Dengan hanya minima RM30 anda akan menerima dua NESCAFÉ Gold Glass Mugs juga dengan penambahan RM30 lagi, anda akan menerima Limited Edition NESCAFÉ Gold Flask.

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10
Senang sahaja nak guna mesin ini.


NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Berkenaan NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10 ini, aku rasa ianya sangat menarik dan strategik. Lokasinya yang betul-betul di pusat tumpuan orang ramai sememangnya akan menarik minat mereka yang sukakan coffee.

Juga hiasan dan seni lukisan di dinding container ini sangat lawa, jadi aku juga tidak melepaskan peluang nak bergambar! 

NESCAFÉ Gold Container Activation @ LOT 10

Jadi untuk mereka yang suka NESCAFÉ  dan juga coffee, jangan lepaskan peluang untuk datang dan singgah ke container ini. Selain dapat merasai nikmat premium coffee, anda juga dapat mengabadikan memori dengan bergambar di sini.

Lokasi : 

Lot 10 (In front of H&M)
50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang,
50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 

#nescafegoldmy # nescafegold 

Sekian

37 comments:

  1. Aida memang nescafe lover, aerill. Now sedang berPantang air manis. Saje saje utk diet sihat. Bukan diet kurus ekk :) ha ha ha...
    Nescafe ni boleh addicted! Sedap ya Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. hari tu saya rasa dua jenis coffee, dua2nya saya suka

      Delete
  2. Aerill, suami dan anak-anak suka minum nescafe. Untuk anak-anak tak boleh bagi minum selalu lah sebab berkafein kan ;)

    Kreatifnya mereka yang buat seni pada coffee ni. Suka tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. untuk saya yg kurang berseni ni kalau buat, mesti huduh rupanya.. ;P

      Delete
  3. Wow!!!!!!! I wanna try this experience. I always wanna learn coffee arts. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. Husband emi memang nescafe lover. Hari-hari nak minum nescafe. Emi sendiri pulak suka bau nescafe, tapi takleh minum banyak sangat sebab jadi sakit kepala nanti.

    ReplyDelete
  5. Ada jual ka mesin tu? Kita Teringin gak nak beli coffee mesin ni.. Nampak macam kewl ja kan ada 1 kt umah... Tpi tu la kita ni tea person.. Kikkikiiji

    ReplyDelete
  6. my mom love nescafe so much! suka gold flask tu.. cantik. location pun strategik. senang orang ramai nak singgah dan merasai sendiri nescafe gold!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, lokasinya betul2 dekat tengah tu.. mmg senang orang nak singgah

      Delete
  7. coffee art sekarang is something yang wow. Kene sabar nak belaja buat coffee art tu, susah sebenanya.

    ReplyDelete
  8. kat rumah ada nescafe dolce jer....ni lagi barulah yer...bestnya lahai , bau kopi ni bikin jiwa raga jadi segar bugar gituu

    ReplyDelete
  9. Naim dah lama tak minum Nescafe ini, kalau minum ia akan migrain. haha. Sabar jela kalau macam ini melihat pada artikel bro ini. Nak buat cam mana, dah lama pantang ( tak minum) nescafe ini. Terbaik ulasan ini. Good job bro

    ReplyDelete
  10. Komfirm coffee lover terliur tengok posting ni. Harap2 banyak lg event mcm ni diperkenalkan. Boleh tarik crowd yg ramai

    ReplyDelete
  11. Bestnye dapat buat nescafe sendiri dgn mesin die..pengalaman menarik nie..btw saya pn salah seorang peminat tegar nescafe

    ReplyDelete
  12. Wah boleh buat sendiri nescaffe dengan menggunakan mesin. Menariknya, dulu rajin jugak minum nescaffe sebab nak study lewat malam haha. Sekarang ni dah kurang minum

    ReplyDelete
    Replies
    1. necafe ni sebenarnya saya rasa kadang2 minum okaylah kut

      Delete
  13. bestnya dapat merasa guna mesin tu. sbb selalu barista je bole en. haha. nak join event, tp dah full :(( lambat respon.

    ReplyDelete
  14. omg nk sgt Limited Edition NESCAFÉ Gold Flask tu. harap2 ada lg haha. and yeah i totally agree - lokasi dia btl2 strategik.

    ReplyDelete
  15. Dekat rumah nad ada nescafe gold..sedap nescafe dia..memng syok layan minum tengah hujan , pagi , atau petang minum sambil2 kan..fuh...

    ReplyDelete
  16. bestnyaaa, suka sangat minum kopi Nescafe, rasa kopi yang dibakar sempurna dan sedap betul2 buat zul hilang mengantuk

    ReplyDelete
  17. Nasib baik aku bukan peminat coffee dan nescafe ni. Kalau tak memang dah keluar cari nescafe gold sat lagi. haha...Sejak belajar kat Kedah sampai la ni tekak dah biasa dengan tea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukanlah peminat tegar. dulu masa kecik lagilah, langsung tak sentuh, skrg ni bolehlah sikt2

      Delete
  18. nescafe ni mmg antara feveret kopi kita..suka dengan aroma dia yang memang tiada tandingannya..dan harga dia still jauh lebih murah berbanding dengan harga premium kopi yang lain

    ReplyDelete
  19. Suka juga minum Nescafe ni lagi kalau mengantuk kat office tu mengadap PC nonstop kan. Kena bancuh segelas baru lah mata terang skit. lepas ni kena cuba nescafe gold pulak.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.