Header Ads

Makan Nasi Ayam Pasu Di Ayam Bakar Pasu Waklan, Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam sesi review makan. Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan ke sebuah warung di Bandar Menjalara, Kuala Lumpur. Sebenarnya bukanlah dalam perancangan untuk makan di sini, tapi sudah rezeki untuk makan di sini dan merasa nasi ayam di sini.

Untuk pengetahun anda, dikawasan ini sebenarnya terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan. Boleh dikatakan agak sesak juga kawasan ini bila mana ramai yang berhenti untuk membeli makanan dan juga makan disini.

Antara Gerai yang ada

TARIKAN UTAMA : AYAM PASU
Pertama kali sebenarnya aku makan nasi ayam, di mana ayamnya dimasak dan dibakar di dalam pasu! Sangat menarik sebenarnya konsep ini. Mungkin anda sebelum ini pernah cuba di tempat lain.

Pasu yang digunakan

AYAM BAKAR PASU WAKLAN



Seperti di dalam gambar di atas, itulah yang anda akan dapat apabila membuat pesanan nasi ayam di gerai ini. Sangat ringkas sahaja. Yang penting saiz ayam dan juga nasinya agak besar ya! Memang untuk aku seorang sangat kenyang. 

Untuk harganya pula, bagi aku sangat berpatutan. Harganya adalah RM 6 sahaja. Berbaloi ke tidak untuk harga sebegini dengan saiz hidangan begini? Untuk aku berbaloi bila mana saiznya agak besar dan rasanya sedap!


Gerai Ayam Bakar Pasu Waklan



Apa lagi yang best? Gerai ni terletak betul-betul di hadapan masjid. Senanglah untuk mereka yang selepas solat, kemudian lapar, terus ke gerai ini. Lagi satu, lokasi gerai-gerai di kawasan ini adalah berdekatan dengan Taman Tasik Menjalara. Memang santai dan relaks sahaja di sini.

Tuan Punya Gerai

Kepada yang berminat nak rasa, atau tiba-tiba berada di lokasi ini, aku sarankan untuk rasa Nasi Ayam Pasu ni! Sangat sedap dan berpatutan dengan saiz hidangan yang besar.

LOKASI

Alamat : Jalan 1/62a, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 11 pagi hingga 4 petang, Setiap hari dibuka.

Sekian

30 comments:

  1. lebih sihatlah ayamnya sebab bakar pakai bara je compared to nasi ayam biasa.

    ReplyDelete
  2. Saya xgemar makan ayam bakar dlm pasu.. Entah lah kenapa. .

    ReplyDelete
  3. Besarnya potion makanan dia - Rawlins macam teringin pula nak makan nasi ayam untuk lunch today. Mana nak cari ayam pasu kat Bangi nie? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besar dan puas hati :) tak sure la kt bangi ni kt mana hehe

      Delete
  4. Wahhh sedapnyaa!! Nisa memang suka nasi ayam. Ni kalau dapat nasi ayam bakar pulak fuhhh.. Kecur dah ni! Tak sabar nak cuba! Thanks sharing tempat makan best!

    ReplyDelete
  5. Harga pun berpatutan. Jika Naim ke Kuala Lumpur boleh Naim mencuba Nasi Ayam ini . hehe. Terima kasih, berkongsi

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi rasa ayam pasu ni. sama je ke rasa macam ayam bakar kan? btw harga tu kira berpatutan kot

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi ayam pasu. Penah nampak tapi tak sempat nak beli. Hehe. Lgipon susah jugak nak cari kan. Nak cuba la nanti apa kelainan rasanya

    ReplyDelete
  8. Jakun tak kalau cakap nur tak pernah makan ayam bakar pasu walaupun dah lama wujud kat malaysia. Tp berbaloi laaa rm6 dpt portion mcm tu. Sedap pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takpe, saya pun first time jumpa. mula saya rasa harga mcm agak mahal, tapi bila tengok portion, nampak berbaloi pulak sbb saiznya besar :)

      Delete
  9. Kat area rumah marina pon ada jual ayam pasu ni tapi tk pernah cuba lagi.hihi

    ReplyDelete
  10. Tak pernah lagi cuba ayam pasu ni. Dulu tak silap ada kat pd, ingat nak cuba..sekali tutup, dh ada kat kl ni nanti boleh lah cuba kat sini

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing!
    So far I never tried Malay's chicken rice taste differently, wherever I go , it is the same!
    Hopefull ni tak sama taste~ should go and try!

    ReplyDelete
  12. Wah... RM6 aje ye?... berbaloi-baloi gitu... tak boleh nak imagine rasanya tu sebab tak pernah cuba... tapi dok imagine macam rasa ayam bakar atau ayam tandoori kot... sebab dua-dua dibakar dan ayam tandoori dibakar dalam pasu besar... apa-apapun nanti boleh la saya cuba kalau berada di area berdekatan... terima kasih atas infonya ya...

    ReplyDelete
  13. Satu masa dulu memang begitu popular makanan ayam masak dalam pasu ni hehehe kita pun suka dan pernah cuba tapi tempat lain lah sini pun nampak sedap dan menyelerakan ok lah boleh dtang cuba hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Dah lama xmakn nasi aym pasu nie..klu nad ade kt kl, nnt boleh la try..hrga pun da ok da tue sbb tgok portion mkan tue mmg knyg la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. saya suka sbb portionnya yg banyak dan besar... harga pulak mmg berbaloi..

      Delete
  15. Wah!!nmpk mcm sedap..nnt klu nd ade kt kl, boleh la try..harga pn da ok da tue sbb tgok portion makanan die tue boleh kenyang..

    ReplyDelete
  16. Pernah dengar tapi x pernah cuba. Agak menarik cara pembakaran yg digunakan. Nanti nak cubalah satu hari nanti

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.