Review Filem : Angel Has Fallen (2019)



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Filem : Angel Has Fallen (2019)

Baru-baru ini aku ada menonton sebuah filem terbaru yang ditayangkan di pawagam iaitu filem Angel Has Fallen. Filem ini merupakan filem ketiga di dalam franchise siri filem Fallen. Filem pertamanya adalah Olympus Has Fallen (2013) dan filem kedua adalah London Has Fallen (2016). Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini termasuklah Gerard Butler, Morgan Freeman, Jada Pinket Smith, Lance Reddick, Tim Blake Nelson dan lain-lain. 

Filem ini diumumkan tentang pembikinannya pada Oktober 2016 dan proses perfilemannya dilakukan pada tahun 2018 sekitar bulan Februari di negara Bulgaria dan juga United Kingdom. Mula ditayangkan pada 23 Ogos 2019 di Amerika Syarikat, filem ini menelan belanja sebanyak USD$ 40 juta dan setakat ini kutipan box officenya adalah USD$ 52.2 juta. 

Rotten Tomatoes : 39% 
Rotten Tomatoes Rating : 5.02/10
Metacritic : 45/100
Cinemascore : A-

Baca Juga : [ Review Filem : Avengers Endgame | Filem Terbaik Sepanjang Masa ]

SINOPSIS

Review Filem : Angel Has Fallen (2019)

Filem ini menceritakan tentang bagaimana Ejen Rahsia Mike Banning (Gerard Butler) dituduh cuba melakukan serangan ke atas President US, Allan Trumbul (Morgan Freeman). Serangan drone yang menyebabkan Presiden terlantar koma manakala ejen yang lain semuanya mati terbunuh dan hanya Mike Banning yang terselamat menyebabkan dia dituduh. Selain itu, bahan bukti seperti DNA Mike Banning turut dijumpai pada van yang digunakan untuk mengawal drone tersebut.

Plot seterusnya adalah berkenaan bagaimana Mike Banning berusaha untuk bersihkan namanya selain mencari perancang pembunuhan yang sebenar. 


ULASAN

PLOT

Filem yang merupakan sekuel daripada franchise pastinya tidak akan lari daripada dibandingkan dengan filem yang sama di dalam franchisenya. Filem ini juga sebegitu. Plot filem ini sangat ringkas dan senang difahami. Elemen-elemen kejutan atau babak yang tidak disangka pastinya ada. Contohnya bilamana Mike Banning bertemu dengan ayahnya.

Ada juga babak dan plot yang aku sudah boleh jangka, contohnya antara yang berkomplot atau yang jahat adalah Naib Presiden US. Sudah dijangka daripada awal lagi. Mungkin untuk orang lain berbeza.

Banyak juga plot yang mendebarkan di dalam filem ini. Sememangnya elemen mendebarkan dan suspens tidak akan lari dalam filem-filem siri Fallen ini. Aku suka bagaimana ayah Mike Banning membantu isteri dan anaknya yang sedang cuba ditawan oleh pihak musuh.

WATAK

Pujian patut diberikan kepada Gerard Butler kerana berjaya membawa watak ini dengan baik. Sungguh kuat ya watak Mike Banning ni! Walaupun di dalam filem ini sudah mula mengalami beberapa penyakit yang agak serius, tenaga dan sebagainya masih lagi kuat.

Review Filem : Angel Has Fallen (2019)

Antara watak yang aku tak suka adalah watak Ejen FBI Helen Thompson dilakonkan oleh Jada Pinket Smith. Rasa macam nak sepak ja muka perempuan ni. Ye lah, sebab watak ini pada awalnya bermati-matian mengatakan Mike Banning perancang sebenar serangan tersebut padahal kita penonton dah tahu bahawa bukan Mike Banning perancang. Tahniah kepada penulis cerita ini kerana menghasilkan watak yang dibenci. Puas bila mana ada babak ejen FBI ini dibunuh.  Haha.

Watak Wade Jennings, iaitu rakan lama kepada Mike Banning dilakonkan oleh Danny Huston juga boleh dipuji kerana berjaya melakonkan watak jahat yang tidak disangka dan sangat bersemangat dalam usaha nak membunuh Presiden US.

AKSI

Filem ini sarat dengan aksi. Seawal minit pertama anda boleh menyaksikan aksi-aksi tembak menembak antara Mike Banning dan juga watak  lain. Babak aksi di dalam hutan di perkarangan rumah ayah Mike Banning juga sangat menyeronokkan, begitu banyak bom-bom yang dilepaskan.

Review Filem : Angel Has Fallen (2019)

Aksi di hospital dan bangunan berhampirannya juga sangat menarik. Tapi aku lebih menyukai elemen aksi di dalam filem London Has Fallen (2016) yang lebih padat dan sangat menyeronokkan untuk ditonton di pawagam.
Review Filem : Angel Has Fallen (2019)

Secara keseluruhannya, filem ini merupakan satu filem yang baik, banyak aksi dan juga plot menarik. Cuma mungkin filem-filem sebelumnya lebih baik daripada segi plot dan juga wataknya. Untuk aku filem ini hanya ditonton sekali sahaja dan untuk kali kedua mungkin pada tahun hadapan pula. 

Markah : 7.60 /10

Sekian


** Suka untuk diingatkan bahawa segala review dan ulasan diatas adalah ulasan peribadi daripada penulis sendiri. Jika ada sebarang perbezaan pendapat itu bukan masalah penulis.**

Sumber : Google Image | Wikipedia

38 comments:

  1. dah lama takda movie me time. haha. tengok boboiboy 2 ritu pun angkut habis anak3 dan mak. hehehe

    ReplyDelete
  2. i suppose this is a great movie.. wanna watch this movie.. sounds nice after reading ur review..

    ReplyDelete
  3. marah sangat tu sampai nak sepak perempuan tu tapi kalau watak beria nak prove hero tu jahat, quite cliche lah. No wonder lah Rotten Tomatoes bagi % rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sebab pompuan tu berjaya bagi penonton benci dekat watak tu :)

      Delete
  4. Nice. Insya’Allah I will catch this movie soon. I am a fan of spy movie. Thank you for sharing your review. Take care.

    ReplyDelete
  5. Wah, marah sampai nak sepak ... Pelakon Gerard Butler dan Morgan Freeman selalu memberikan hasil yang hebat ... Susahnya nak bersihkan nama bila semua bukti bersalah tertuju kepada diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. Belum lagi tengok cerita ni. Ingat nak cari CD je. London has fallen pon tengok kat astro je. Citer angel has fallen ni nak tgu astro best keluar. Hihi

    ReplyDelete
  7. Berdebar bila tengok dron banyak datang membunuh tu sebab kita tau sekarang ramai orang main drone.
    And Rawlins pun dah teka dari awal yang Naib Presiden tu jahat. Tapi tak sangka kawan dia sendiri pun jahat.

    ReplyDelete
  8. Wahhhh teruja pulak nak tengok. Baca sinopsis je dah best. Sy dan suami suka layan cerita macam ni. Boleh tengoklah nanti.

    ReplyDelete
  9. Omg!!! Gerald butler fav saya ni hahahha. Ramai yg cakap filem ni x mengecewakan.. ni yg bersemangat nak pg tonton juga

    ReplyDelete
  10. Dah tengok juga cerita ni. Jalan cerita mudah sebab dah dapat agak sape yang jahat cuma yang menjadikan cerita ni menarik macam mana hero berusaha untuk memulihkan balik kepercayaan. Tapi part paling best bila ayah dia muncul... dasat la ayah dia.. haha

    ReplyDelete
  11. ini satu tarikan. sebab berseries jugak cerita ni kan. after few years ada lagi yang fallen series ni. boleh lah tengok walaupun sebelum ni tak ikuti series dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sebelum ni tengok di tv, lepas tu baru tgok di pawagam

      Delete
  12. Yang tahun 2013, 2016 pun tak tengok lgi..muncul dah 2016..kena berjemaah lah ajak suami tengok sama-sama dari awal..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya okay je kalau siri sebelum ni tak tengok. perkaitan antara filem2nya sedikit sahaja.

      Delete
  13. hahahha sbnye ni bkn genre fav i tp baca ulasan ni rs nk g tgk online plak n since hari tu my housemate pun ckp best!! hehe thanks for reviewing n btw slm perkenalan Done follow ur blog here :)

    ReplyDelete
  14. kenapa rotten tomatoes bagi % rendah ? em.. kiranya kena tengok ke tak ni ? hahahahaha~ awak pon bagi 7.6 / 10 je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rottentomatoes tu kdg2 boleh percaya. sebenarnya bgi saya filem ni ikut selera masing2 ;)

      Delete
  15. banyak pulak cerita best keluar dekat wayang. nak tengok cerita ni sebab nampak macam best je. cerita yang sebelum ni pun best. I bet yang ni pun best jugak. tapi kalau nak tengok cerita ni mesti tak boleh bawak budak kecik.

    ReplyDelete
  16. wahh guna drone untuk membunuh? menarik tu.. ras anak tewngok citer ni dan rasa nak tahu siapa yang menjadi dalang disebalik pembunuhan semua tu.. nak tengok gak macam cara hero cari jalan peneyelesaian nak cuci nama baik dia dari kes yang dia tak lakukan..

    ReplyDelete
  17. Akak diantara terawal tengok filem ni. Best gila. Akak suka masa serangan dron masa memancing tu. Teknologi dia lain macam! Hebat betul.

    ReplyDelete
  18. Never know of this movie before, looks interesting and exciting to watch. I think my husband will like this movie for sure, intro dia go watch lah.

    ReplyDelete
  19. airah takpernah tengok lagi movie ni macam menarik. suka tengok cerita aksi juga nanti nak tengokla

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Powered by Blogger.