Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 2

TEMPAT MENARIK DI TERENGGANU WAJIB DI KUNJUNGI | BAHAGIAN 2


Terengganu merupakan sebuah negeri yang indah lagi permai. Sedikit fakta mengenai Terengganu, jaluran pantai di negeri ini menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke Selatan (Kemaman).

Setiap daerah di Terengganu semuanya mempunyai tarikan tersendiri sama ada dari segi keindahan alam semulajadi seperti pulau, pantai, tasik mahupun air terjun yang menjadi tarikan pelancong untuk melihat keindahannya. Terengganu memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kerana itulah ia menjadi rebutan beberapa syarikat filem tempatan dan luar negara sebagai lokasi penggambaran. - [ Sumber ffterengganu ]

Jom kita lihat apakah Tempat Menarik di Terengganu Wajib Di Kunjungi | Bahagian 2



1. PASAR BESAR KEDAI PAYANG
Pasar Besar  Kedai Payang

Pasar Payang merupakan salah satu tarikan utama pelancongan di Kuala Terengganu. Untuk pengetahuan semua, ini merupakan Pasar Payang baru kerana Pasar Payang yang asal sedang diubah suai dan dibaikpulih. Operasi di tempat baharu ini bermula secara sepenuhnya pada 1 Ogos 2019 yang lalu.
Pasar Besar  Kedai Payang

Di Pasar Payang, terdapat pelbagai barangan kraftangan seperti batik, songket,barangan tembaga dan lain-lain lagi. 
Pasar Besar  Kedai Payang
Pasar Payang ini susunan kedainya sangat teratur, bersih dan juga selesa. Mudah untuk para pengunjung datang membeli pelbagai barang yang menarik!

LOKASI


2. WANISMA CRAFT AND TRADING
Wanisma Craft  and Trading
Tempat seterusnya adalah Wanisma Craft and Trading. Di sini pengunjung dapat melihat bagaimana barangan daripada tembaga dihasilkan. Sangat menarik! Wanisma Craft juga menghasilkan barangan  yang digunakan untuk perkahwinan melayu seperti tepak sirih, paha (semarik), gulang, cerek, pasu kecil untuk mengisi bunga rampai dan juga bunga telur.

Wanisma Craft  and Trading

Selain itu, dibahagian hadapan juga terdapat koleksi batik, baju batik,kain batik dan pelbagai barangan batik yang sememangnya sangat indah dilihat dan dipakai.

Wanisma Craft  and Trading

LOKASI

3. TERRADALA MUSEUM CAFE
Terradala Museum Cafe
Terradala Museum Cafe merupakan salah satu tempat tarikan pengunjung yang mengutamakan hasil kraf dan juga seni di Terengganu. Pengunjung yang ke sini dapat melihat dan menambah ilmu pengetahuan mengenai barangan antik yang berusia ratusan tahun. Antara yang terdapat dalam koleksi di sini termasuklah Jebak Puyuh, dinding Janda Berhias dan sebagainya.

Terradala Museum Cafe

Selain itu, Terradala Museum Cafe juga menyediakan pelbagai minuman berkualiti seperti kopi, teh, milkshake dan sebagainya pada harga yang sangat berpatutan. Di bahagian luar terdapat sebuah gazebo khas yang dibina menggunakan kayu cengal.

LOKASI

4. PATA TOK KITE & WARUNG TOK KITE
Pata Tok Kite & Warung Tok Kite

Lokasi seterusnya adalah Pata Tok Kite. Terletak di Chendering, pantai ini merupakan sebuah pantai yang sangat bersih dan cantik! Berhadapan betul-betul dengan Laut China Selatan, pantai ini sememangnya tempat yang sesuai untuk keluarga beriadah dan juga sangat baik dan cantik untuk mereka yang suka bergambar!

Pata Tok Kite & Warung Tok Kite

Pantainya begitu putih dan bersih! Selain itu, disini juga terdapat Warung Tok Kite yang menyediakan pelbagai makanan yang sedap dan menjadi tarikan di sini iaitu Ikan Celup Tepung, Udang Celup Tepung dan juga Sotong Celup Tepung! Sangat sedap ya rakan-rakan semua! Jadi, apa lagi tunggu? Cepat ke Pata Tok Kite ya!

Pata Tok Kite & Warung Tok Kite

LOKASI


5. TAMAN TAMADUN ISLAM RIVER CRUISE
Taman Tamadun Islam River Cruise

Tarika terbaru di Terengganu pastinya Drawbridge atau Jambatan Angkat! Anda pastinya tak akan lepaskan peluang untuk menaiki Cruise yang akan menuju ke kawasan Drawbridge ini!

Taman Tamadun Islam River Cruise

Pengalaman menaiki cruise ini juga sangat menarik kerana pengunjung akan dapat melihat suasana di sekitar bandaraya Kuala Terengganu. Sememangnya sangat indah ciptaan Tuhan ini.  Peluang untuk mengambil gambar di hadapan Drawbridge pastinya tidak akan dilepaskan!

Taman Tamadun Islam River Cruise


LOKASI



Bagaimana, menarik kan tempat di Terengganu ni? Tapi tunggu dulu, ada bahagian ketiga ya! Sebab banyak sebenarnya tempat menarik di Terengganu ni! Jumpa lagi dibahagian ke tiga ya!




Terengganu ‘negeri cantik, budaya menarik dan orangnya baik-baik’.

Credit to :  Gaya Travel Magazine | Tourism Terengganu | 

#TerengganuNOWand4ever
#BeautifulTerengganu
#TourismTerengganu
# CutiCutiMalaysia #VM2020
#VisitMalaysia2020
#GayaTravel


Sekian.

Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Banyak tempat menarik kalau kita rajin jenjalan.. sy nie jarang dapat peluang jalan2 even di negeri sendiri.. InsyaAllah kalau ada rezeki pasti akan dtg kat Terengganu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput dtg ke terengganu ya, mesti tak akan menyesal nnti :)

      Delete
  2. Makan Sotong Celup tepung tu sampai berebut2. last2 tak habis sebab semua kekenyangan hahaha

    ReplyDelete
  3. Lama dah tak pergi Terengganu nie..dah banyak tempat menarik...bolelah pergi melawat tempat2 menarik nie nanti bila pergi ke rumah kakak di Terengganu.. tq for info

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post