Pengalaman dan Ulasan Persembahan Teater Encore Melaka



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Encore Melaka

Baru-baru ini, pada 7 Oktober 2019 yang lalu aku dan rakan aku telah berkesempatan untuk menonton persembahan yang penuh magis di Encore Melaka. Rasanya ramai yang sudah mengenali dan tahu tentang Encore Melaka tetapi aku nak ceritakan kepada anda semua tentang pengalaman yang penuh keajaiban dan juga penggunaan teknologi yang tinggi dalam persembahan.

Percutian aku ke Melaka sememangnya bertambah manis dengan pengalaman menonton persembahan Encore Melaka ini yang aku rasanya pengalaman yang berbeza dan lain daripada yang lain.

 Encore Melaka

ENCORE MELAKA
IMPRESSION SERIES

 Encore Melaka

Encore Melaka Theatre - Encore Melaka merupakan pentas persembahan teater pertama di Asia Tenggara yang mempunyai platform penonton berputar 360° yang juga berhadapan dengan 240 meter panjang pentas dengan binaan pentas hidraulik turut tersedia. Keunikan persembahan adalah dari segi artistik apabila menggabungkan konsep tradisional dan juga kontemporari.

Persembahan selama 70 minit ini, memberikan penonton pengalaman  melalui sejarah dan juga melangkaui masa dan ruang. Sepanjang persembahan, 3-D projection yang turut tersedia di dalam persembahan memberikan virtual reality membawa penonton untuk terus kembali ke masa lampau.

Jalan Cerita - Terbahagi kepada  7 babak. Babak Pertama, Parameswara, Babak Kedua, Cheng Ho, Babak Ketiga, Nyonya & Wedding, Babak Keempat, Six Mothers, Babak Kelima, Pregnant Women, Babak Keenam, Wau.

PENGALAMAN DAN ULASAN

 Encore Melaka

Terpukau - Itulah perkataan yang boleh digambarkan apabila aku menonton persembahan ini. Aku terpukau dengan segala-galanya. Daripada pentas yang bergerak secara 360° sehinggalah ke persembahan yang diberikan. Memang sepanjang masa aku tak dapat nak lepaskan daripada melihat apa yang berlaku di atas pentas.

Ada beberapa video telah aku ambil dan anda boleh lihat di Instagram aku, @aerill_hassan. Manakala gambar pula hanya ini sahaja yang dapat diambil. Kerana selebihnya aku terpukau dengan persembadan dan tidak mampu untuk menoleh ke kiri atau ke kanan kerana fokus pada persembahan di atas pentas.

 Encore Melaka

Sebak - Sebak apabila aku merasai apa yang dipersembahkan terutamanya ketika babak Six Mothers. Teringat mak aku yang berada di rumah, jauh nun di Kedah. Sememangnya barisan pelakon yang sangat berbakat. Juga mainan warna yang begitu menarik.

Satu lagi babak terakhir iaitu Wau. Di babak tersebut aku sebak juga dan terbit perasaan sedih apabila melihat keadaan dan juga jalan ceritanya.

 Encore Melaka

Ajaib - Ya, persembahan yang kelihatan ajaib walaupun sebenarnya menggunakan teknologi yang sangat tinggi. Aku tertarik dengan penggunaan air yang mengalir dari atas, juga bagaimana persembahan ini memberi pengalaman yang baru apabila menjadikan elemen air sebagai salah satu medium untuk persembahan.

Dalam banyak-banyak elemen persembahan, aku paling tertarik dengan persembahan ini. Bagaimana mereka memanipulasikan cahaya dan juga air dalam membuat persembahan. Aku rasa macam sedang menonton persembahan magik. Haha.

Encore Melaka

Indah - Persembahan yang boleh dikatakan sangat indah dan tersusun. Daripada persembahan yang diberikan, aku boleh jangkakan bahawa semua pelakon pastinya berlatih dengan begitu gigih untuk dapatkan persembahan sehebat ini. Dedikasi daripada pelakon-pelakon seramai 200 orang ini dapat dilihat dengan jelas sekali.

 Encore Melaka

Puas - Aku pulang dengan perasaan puas apabila disajikan persembahan hebat, lain daripada yang lain, penuh dengan sejarah dan kebudayaan. Membuatkan perasaan cinta kepada keluarga, bangsa dan negara semakin menebal. Juga aku teringin nak mengetahui di sebalik persembahan ini, mungkin suatu hari nanti aku dapat lihat bagaimana di sebalik tabir persembahan ini dilakukan, juga bagaimana bantuan teknologi menjadikan persembahan ini berhasil.

Untuk mereka yang akan datang ke Encore Melaka untuk menonton persembahan ini, aku ada beberapa peringatan penting. Pertamanya anda perlu datang awal mengikut waktu pada tiket anda. Sebab persembahan akan bermula tepat pada waktunya. Kedua, makanan dan minuman serta kamera DSLR tak boleh dibawa masuk, telefon pintar sahaja yang dibolehkan itupun perlu menutup fungsi flash pada kamera.

PHOTOSHOOT

Encore Melaka
Pose pening kepala

Pastinya sesiapa yang ke Encore Melaka ini tak akan lepaskan peluang untuk bergambar kerana bangunan ini sangat unik dan besar. Ketika aku di sana, ada beberapa pasangan pengantin turut menjadikan Encore Melaka sebagai background bagi gambar  perkahwinan mereka yang akan diletak di dalam album dan akan disimpan di dalam almari.

Aku nasihatkan untuk anda datang awal sebelum persembahan atau tonton persembahan pada jam 5.30 petang kemudian bila tamat sahaja, anda boleh bergambar dengan keadaan matahari terbenam. Malangnya ketika aku disana, selepas tamat persembahan, hujan lebat dan cuaca sudah gelap. Nasib baik aku dah datang awal, jadi sempatlah bergambar sebelum persembahan dimulakan.

HARGA TIKET

 Encore Melaka
Kedudukan kerusi dan pentas

Standard Seat : RM 148
Premium Seat : RM 248
VIP Seat : RM 568
Wheelchair Seat : RM 98

Harga yang ditawarkan adalah terpakai kepada pemegang Mykad dan juga jemputan antarabangsa.

WAKTU PERSEMBAHAN

Encore Melaka

HARGA PROMOSI 50%!!

Encore Melaka telah memberikan potongan harga sebanyak 50% dari Ogos sehinggalah 31 Disember 2019! Harga bagi Standard Seat adalah RM74, Premium Seat, RM124 dan VIP Seat, RM284 sahaja, manakala untuk kanak-kanak berumur bawah 12 tahun kebawah adalah Percuma! Promosi ini hanyalah untuk pemegang MyKad sahaja!


ENCORE MELAKA
IMPRESSION SERIES


 Encore Melaka

Website : www.encore.melaka.com
Phone Number : +606 270 7777
Facebook : encore.melaka
Instagram : encore_melaka

Sekian.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Encore Melaka kerana menaja tiket untuk menonton persembahan ini. 

38 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Bestnya. Kita yang duduk kat Melaka ni pun belum sempat jejak ke sana.
    Nampak gah sangat tempat ni.

    ReplyDelete
  2. menarik kat Encore ni cuma tak de kesempatan nak ke sana lagi

    ReplyDelete
  3. Dah lama nak datang sini ambik gambar sebab lawa! haha. tapi tertarik jugak dengan teater nya. lawa! boleh laa plan nak ke melaka. lepas tgk teater boleh lepak klebang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pergi nnti. bergambar mmg best.cuma hari tu saya tak sempat nak bergambar dkt tepi laut.

      Delete
  4. Pretty amazing performance with 3-D projections - must be very captivating to watch it live!

    ReplyDelete
  5. SA tak pernah jejak kat sini lagi..menarik la..lama dah tak tnegok teater ni..pernah tengok a few years back tak ingat bila..hahaha...ada rezeki nanti nak terjah ke sini plak la..but seriously tempat ni cantik..instagrammable sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teater kt sini lain daripada yang lain. tak membosankan, sangat menghiburkan dari segi visual :)

      Delete
  6. lawa la teater ni. sekali tgk macam kat luar negara. persembahan mantap buat penceritaan rasa real.

    ditambah pula dengan sound system padu, music best. bertuahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best! rasanya semua orang patut tonton sebab best gila! :)

      Delete
  7. banyaknya diskaun!! Memang ada plan nak jalan jalan Melaka! So boleh plan cuti sekolah nanti!!

    ReplyDelete
  8. Masa ke melaka jun 2019, encore ni pandang dari jauh je sebab macam tak sempat nak masuk jadual. Tapi memang tengok blogger review cakap best dan berbaloi. Photoshoot is a must kat encore ni.

    ReplyDelete
  9. Ala bestnya.. dengar ramai yang kata best. Teringin nak pi tapi tu la, kena cari masa free nak ke Melaka. Eh, nak tanya. Kita boleh rekod ke sepanjang persembahan tu guna henfon? or ada time tertentu macam IB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kak. hehe. boleh je rekod, dalam story ke apa semua tu. tapi pakai henfon je la. :)

      Delete
  10. Kita pernah pergi Encore Melaka ni tapi tak masuk dalam hanya bergambar kat luar jer hehehehe memang design luaran sangat mengkagumkan nak masuk tengok tiket mahal tak mampu lak kita hehehehe baca review kat sini jer lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa tak masuk? hehe. in shaa Allah ada rezeki nnti bolelah tengok show pulak :)

      Delete
  11. Menariknya, tengok design bangunan je dh rasa kemodenan dia. Boleh tahan juga harga tiket dia kan tp berbaloi dgn persembahan menarik mcm tu. Boleh masukkan dalam list kalau ke melaka nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak tengok persembahan, dapat bergambar pun dah best :)

      Delete
  12. harga tiket dia boleh tahan. tapi rasanya worth it dengan persembahan yang dorang buat. teringin sebenarnya nak pergi tengok. tapi sebab kena travel jauh tak kesampaian nk pergi. kalau ada nk ke melaka boleh la singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah bolehlah pergi nnti. memag best persembahan. pengalaman menonton sesuatu yg baru.

      Delete
  13. Wowww baru tahu ni. Nanti bolehlah sis ke.Melaka dn ke Encore Melaka ni. Nampak sgt sis dh lama tak ke Melaka..sampai tak tahu adanya tmpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke? haha. bolehlah pergi nnti. kawasan sekitar enore tu pon sdang rancak dlm pembinaan :)

      Delete
  14. Belum pernah pergi tapi amazed gila dgn pementasan dia. Siap ada elemen air semua tu. Mana laa tak terpukau tengok. Design bangunan pun unik gila confirm jadi tempat hot utk amek gambar & upload kt ig

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. saya pun mmg terpegun bila tengok persembahan dengan air tu! memang best sgt.

      Delete
  15. Wah. Ni betul2 teater level istana budaya ��. Siap pusing 360 darjah. Something yg best utk kunjungi melaka. Nanti sy join

    ReplyDelete
    Replies
    1. istana budaya pun rasanya tak secanggih ini. sebab lain teknologi. and dewan yg ni lagi besar drpd istana budaya.

      Delete
  16. Bila ada kesempatan nak ke Encore Melaka ni. Selalu baca review yang lain banyak feedback positif. Nak tengok sendiri depan mata lah.

    ReplyDelete
  17. Wah menarik gila. Memang ada niat nak tengok tapi harga tiket dia boleh tahan kan hahaha. Haritu datang sini pun tangkap gambar dekat luar tu je

    ReplyDelete
  18. takpa kalau tak dpt masuk. tkgp gambar dkt luar pun okay dah :)

    ReplyDelete
  19. Dasyat pentas dia ya.. Saya pernah sekali ja tengok theater kt Istana Budaya.. Tu pun dah kagum gila dah dengan dia punya pentas.. Ni encore pun boleh tahan gak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya dkt sini lain suasana & teknologi berbanding istana budaya. bolehalh tengok nnti ya :)

      Delete
  20. Encore Melaka really a fantastic show that MUST visit! Mouse mommy been there and really make an impact in my mind. Worth to watch the performance if happen to visit to Melaka!

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post